Showing posts with label Nabil Razak. Show all posts
Showing posts with label Nabil Razak. Show all posts

Wednesday, July 1, 2020

MAKSUD LIRIK LAGU (AKHIR ZAMAN - BUNKFACE)

AKHIR ZAMAN - BUNKFACE


  Isu lirik lagu sudah menjadi buah mulut di media sosial. Lirik lagu ini telah menyentuh beberapa perkara seperti isu LGBT, pemerintah yang tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi. Bunkaface adalah salah satu band yang sering menyuarakan pendapat mereka melaui lagu-lagu mereka. Selain lagu Akhir Zaman terdapat juga lagu mereka yang mempunyai maksud yang terisrat seperti Dunia dan Agenda Jahiliah. 

Antara isu yang diperkatakan oleh band tersebut ialah isu LGBT. "LGBT boleh pergi MAMPOS" adalah salah satu rangkap didalam di dalam lagu ini yang telah menjadi kontrovesi, diamana rangkap ini membawa maksud bahawa mereka sudah malas untuk melayan golongan LGBT ini, kerana di sisi agama islam LGBT ini sudah terang-terang haram dan melawan hak asasi manusai normal. Bukan agama islam sahaja yang menolak ideologi ini malah semua agama turut menolak ideologi ini.


 

Selain itu, isu yang dibahaskan di dalam lirik ini ialah mengenai pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Antara lirik yang boleh dipetik ialah, "Mana pergi semua duit rakyat".
Di dalam lirik ini kita boleh simpulkan bahawa ia ditujukan kepada pemerintah yang menggunkan duit rakyat sesuka hati tanpa diketahui oleh rakyat sendiri. Lirik ini lagi telah disokong oleh salah satu lirik lagi iaitu " Jawab disini lepas jawab disana belum tentu lepas". Lirik ini pula menceritakan bahawa pemimpin yang bertanggungjawab mungkin boleh lepas di mahkamah kerana mereka mempunyai kuasa di dunia tetapi apabila di soal di akhirat kelak tidak mungkin mereka terlepas dengan perbicaran Allah kerana mereka hanyalah hamba seperti semua manusia di dunia dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Melalui lirik-lirik ini band Bunkface ini, ia sangat ditujukan kepada umat Islam. Ia boleh dibuktikan melalui lirik ini "Engkau agamamu, aku agamaku".


 LIRIK AKHIR ZAMAN - BUNKFACE

Engkau agamamu, aku agamaku
Semua haram mahu jadi halal
Engkau agamamu, aku agamaku
Demi masa sila guna akal
Jawab di sini lepas
Jawab di sana belum tentu lepas
Dulu hebat
Kini dah berkarat
Semua bangsat
Sudah pun mendarat
Mana pergi (Hey!)
Mana pergi
Mana pergi suara demi rakyat
Mana pergi
Engkau agamamu, aku agamaku
Korupsi kita perlu kasi hapus
Engkau agamamu, aku agamaku
LGBT boleh pergi mampus
Jawab di sini lepas
Jawab di sana belum tentu lepas
Dulu hebat
Kini dah berkarat
Semua bangsat
Sudah pun mendarat
Mana pergi (Hey!)
Mana pergi
Mana pergi suara demi rakyat
Dulu hebat
Kini dah berkarat
Semua bangsat
Sudah pun mendarat
Mana pergi (Hey!)
Mana pergi
Mana pergi semua duit rakyat
Uhh!!
Na, na, na, na, na...
Oi!!
Na, na, na, na, na...
Jawab di sini lepas
Jawab di sana belum tentu lepas
Dulu hebat
Kini dah berkarat
Semua bangsat
Sudah pun mendarat
Mana pergi (Hey!)
Mana pergi
Mana pergi suara demi rakyat
Dulu hebat
Kini dah berkarat
Semua bangsat
Sudah pun mendarat
Mana pergi (Hey!)
Mana pergi
Mana pergi semua duit rakyat
Mana pergi (Hey!)
Apa nak jadi (Hey!)
Viral lagi
Inilah dia
Akhir zaman!






MY BUCKET LIST (TRAVEL)


  Setiap orang mesti ada "BUCKET LIST" tersendiri , jadi apa salahnya untuk saya berkongsikan keapda anda saya punya "BUCKET LIST". But first of all mungkin ada diantara kita tidak tahu apa itu "BUCKET LIST", okay bucket list itu ialah senarai perkar-perkara yang kita teringin sangat untuk dilakukan sepanjang hidup kita seperti pergi ke Mekkah untuk melakukan ibadah haji. Selain daripada pergi ke sesuatu tempat bucket list jugak boleh jadi seperti ingin memiliki kereta mewah atau rumah yang besar. Okay sekarang saya nak berkongsi saya punya Bucket List dalam konteks travel.

1. MEKKAH

source: google image
Sudah menjadi salah satu rukun islam untuk melakukan ibadah haji bagi yang berkemampuan. Sebagai umat islam, sudah semestinya mekkah adalah salah satu negara yang ingin dikunjungi. Tetapi list ini tidak akan tercapai selagi saya tidak pergi menunaikan ibadah Haji tanpa bersama-sama kedua ibu bapa. Saya harap kita semua dapat menjejakkan kaki ke rumah Allah yang sangat indah ini. Aminnnn....

2. AUSTRALIA

source: google image
Kenapa Australia? Sebab.......... Suka hati aku lah aku punya Bucket List bukan kau punya, hahahahahahahaha gurau-gurau. Saya sangat tertarik dengan haiwan-haiwan yang terdapat di negara tersebut seperti kangaroo, kaola bear dan penguin. Haiwan-haiwan ini tidak ada di negara kita jadi saya ingin melihat haiwan-haiwan ini di depan mata say sendir.

3. MALAYSIA

source: google image
Tidak manis lah kalau kita pergi ke negara orang sebelum menjelajah negara sendiri. Setakat ini saya sudah pergi ke beberapa buah negiri seperti Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Dalam banyak-banyak negeri yang saya senaraikan itu, negeri utara dan pantai timur belum lagi saya kunjungi, jadi saya harap saya dapat menjelajahi semua negeri di Malaysia ini.

4. BOSNIA

source: google image
Bosnia???? Ya Bosnia. Bosnia adalah sebuah negara yang mengalami peperangan yang agak lama. 20 tahun yang lalu pemerintah Malaysia telah menghantar sebuah pasukan khas untuk membantu rakyat Bosnia untuk menyelesaikan masalah di neagara meraka. Usaha ini membuahkan hasil dimana peperangan tersebut dapat diselesaikan, oleh itu rakyat Bosnia sangat berterima kasih kepada rakyat malaysai. Jadi saya pergi ke negara bosnia ini kerana ingin tahu sejarah negara tersebut  dengan lebih mendalam dan ingin ,melihat layanan daripada rakyat disana apabila mereka tahu bahawa saya adalah rakyat Malysia.




AKTIVITI MEMANCING


  Aktiviti memancing amat menyeronokkan dan sangat popular dikaalangan kaum lelaki. Kaum wanita juga meminati aktiviti ini tetapi bilangan tidak lah sebanyak kaum lelaki.
Untuk melakukan aktiviti ini perkara asas yang anda perlukan ialah rod pancing, umpan dan bekas ikan.

Ini adalah macing kepunyaan ayah saya
     Selain itu, aktiviti ini juga boleh dilakukan di pelbagai kawasan seperti parit/sungai, tasik, pantai dan laut dalam dan setiap kawasan tersebut mempunyai teknik dan peralatan yang berbeza mengikut kawasan. 


 


gambar diatas diambil di google picture

  Walaupun memancing di pantai dan laut seperti sama tetapi rod pancing yang digunakan untuk memancing di pantai tidak sesuai digunakan untuk memacing di laut dan ini membuatkan aktiviti memancing sangat unik bagi saya.



   


   Selain perbezaan jenis rod pancing, jenis umpan juga turut memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti memancing. Jika anda memancing di parit/sungai kebiasannya orang menggunakan cacing, cengkerik dan lain-lain lagi. Ada juga para memancing yang membuat sendiri resepi umpan untuk memancing seperti menggunakan lemak ayam, belcan campur tepung dan biji sawit. 

   Untuk memancing di pantai, lain pula umpannya seperti umpun-umpun, udang dan isi badan ikan. Bagi pemancing di laut mereka kebiasannya menggunakan ikan-ikan kecil yang hidup. Hal ini kerana di laut mempunyai keluasan yang besar jadi umpany yang hidup itu kebih mudah untuk menarik ikan besar untuk dimakannya.


   gambar diatas diambil di google picture


Friday, April 10, 2020

MAJLIS GRADUASI SEHEBAT


    Majlis garduasi ialah majlis yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang yang bergelar pelajar, ia bukan sahaja diadakan untuk pelajar-pelajar universiti, malah untuk semua pelajar di setiap sekolah. So, hari ni saya akan share mengenai majlis graduasi di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.


   Majlis ini diadakan pada 28 Oktober 2018, di Dewan Seri Banang. Tanpa mereka semua yang didalam gambar diatas tidak meriah lah majlis ini. Setelah 5 tahun kami bersama di sekolah ini, banyak pengalaman yang manis dan pahit telah berlaku didalam hidup kami dan ia menjadi memori yang akan kami terkenang bila sudah dewasa kelak. Pengetua kami pernah cakap pada kami, pengalaman di sekolah menengah adalah paling seronok dan ia tidak akan dapat di universiti kerana di sekolah kami tidak mempunyai banyak masalah dan hanya enjoy the life. 


   Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya yang telah bersusah payah untuk menyara saya di sekolah ini selama 5 tahun. Ibu bapa saya bukan lah orang sungguh berada, pelbagai jenis pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk membesarkan saya hingga ke hari ini. So saya akan sedaya upaya untuk membalas budi mereka selama ini, dengan itu lah saya mencuburui bidang maritim ini kerana ia memberikan pulangan yang sungguh lumayan.


   Itu sahaja lah untuk entry saya yang terakhir. Jika anda ingin saya meneruskan blog ini, saya nak blog kami mempunyai lebih 1000 viewer. 

Monday, April 6, 2020

DANGEROUS JOURNEYS TO SCHOOL



    Nowadays study is very important to survive. So to get a better study you must go to school everyday. For us, it will be difficult to us to go to our school because our transportation is good enough for us go to school on time. But for some students around the world they must face the dangerous journey to  make them arrive their school.

   Now I'll share some place that serve students a dangerous journey to go to their school.

1.Zhang Jiawan Village, Southern China

source: https://theirworld.org/

   Based on this picture the students must climb unsecured wooden ladder. Beside that they also trough the slopes place to climb the mountain.

2.Lebak, Indonesia

source: https://www.boredpanda.com/

   In Lebak, Indonesia the student must use a poor suspension bridge to arrive their school on time. Their parents also need to join them to make sure their safety.


3.Rio Negro River, Colombia


source: https://theirworld.org/

   Did you ever heard fire fox that you can find in the extreme sport place. You must know that this thing is too dangerous. But not for the students in Rio Negro River, Colombia, they must use it as the transportation to go to their school. 

4.Trishuli River, Nepal


source: https://www.libyanexpress.com/
   The Nepalese students must cross a river by a wire. As you can see they have not any rope to secure their body from fall. They only have one rope to hold and another rope to step on.



5.Zhanskar, Himalaya



   It's not just a normal hiking because the low temperature make it more difficult. You can imagine the children must face all this everyday to go to their school.

Saturday, April 4, 2020

POPIA NESTUM RANGUP



  Okay hari ini saya akan kongsikan resepi untuk membuat popia nestum rangup. Menu ini agak mudah untuk dibuat kerana bahan-bahan dan cara untuk membutnya agak simple dan boleh dilakukan sendiri. Ia juga boleh dijadikan sebagai antara kuih raya, so anda boleh jimatkan duit anda untuk membeli kuih raya pada tahun ini.


                    bahan-bahan:
                         1. kulit popia
                         2. nestum
                         3. gula
                         4. tepung gandum
                         5. air


    Cara untuk membuat:
     
           1. gulung kulit popia secara menegak seperti gambar dibawah. untuk melekatkannya di                  bahagian hujung sapukan bancuhan tepung dan air. bancuhan hendaklah tidak terlalu                  cair.


      2. potong gulungan tersebut dengan gunting yang tajam secara serong. potongan jangan                  terlalu panjang (panjang ibu  jari ) seperti gambar dibawah.


      3. goreng popia tersebut dengan minyak yang panas sehingga kekuningan. angkat dan tos              seketika

      4. kisar serbuk nestum beserta gula. campuran tersebut dibuat dengan nisbah 2:1                            (nestum 2, gula 1)

      5. hasil kisaran tersebut gaul dengan popia yang telah digoreng sebentar tadi. gaul sehingga            sebati


SIAP!!!!!!

tips: -jangan goreng dengan api yang kecik, popia kurang rangup
        -potong kulit popia separuh, lebih banyak dan rangup
        


DALGONA COFFEE


   Dalgona coffee adalah menu yang viral pada ketika ini, iaitu pada musim kuarantin corona virus ini. Dalgona coffee mempuyai campuran rasa manis dan pahit serta sedekit rasa lemak susu. Ia agak mudah dibuat dan tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak dan komleps. Anda semua boleh mencubanya sendiri di rumah. 

  Antara bahan yang diperlukan untuk membuat dolgona coffe ini adalah: 
                      1. kopi (kalau tak suka kopi anda bole guna milo dan nescafe)
                      2. gula
                      3. air 
                      4. air batu
                      5. susu


  Ini adalah langkah-langkah untuk membuat dalgona coffe;
     1. campurkan serbuk kopi sebanyak 2 sudu besar beserta 2 sudu besar gula putih
     2. tambahkan sedikit air (2 sudu) ke dalam campuran tersebut.
     3. kacau campuran selama 15-20 minit (anda boleh menggunakan tangan atau mesin)
     4. masukkan air batu dan susu ke dalam cawan
     5. letakkan campuran yang telah dikacau tadi di bahagian atas cawan tersebut
     6. hiasan anda boleh letakkan chip coklat dan straw


    Dah siap!!!!! Anda bole tinggalkan comment mengenai resepi ini di ruangan comment dibawah dan semoga berjaya.


XT {THE LAST CHAPTER}


   2 November 2018 adalah tarikh yang paling diingati oleh semua warga Xtrovert 1418. Pada tarikh tersebuttelah berlangsungnya majlis yang amat penting untuk batch kami. Majlis ini telah diadakan untuk menyambut hari-hari terakhir buat kami yang telah bersama selama 5 tahun di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT). Pelbagai kenangan yang telah kami lalui bersama, ada yang manis dan juga yang pahit. Majlis ini juga dihadiri oleh semua  pelajar tingkatan 5 serta guru-guru dan Pengetua sekolah kami. Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan sangat lancar. Saya amat berterimkasih pada semua warga XT yang telah bekerjasama untuk memeriahkan lagi majlis ini.


    Persiapan majlis ini juga sangat meriah walaupun banyak perkara yang perlu dilakukan tetapi dengan kerjasama semua pelajar tingkatan 5 perkara yang sukar menjadi mudah seperti slogan pada cerita animasi Wonderpet "apa yang penting kerjasama!!!". Ohhh lupa nak nagi tahu yang majlis ini mempunyai tema iaitu XT The Last Chapter. Selain itu, tema warna pula kami berpakat untuk memilih warna biru dan putih. Semua hiasan yang ada didalam dewan penuh dihiasi dengan warna-warna terssebut. Semasa melakukan persiapan majlis tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi lonceng kebakaran yang sangat kuat. Sehinggakan Pengetua kami pergi ke dewan untuk lihat apa yang berlaku. Kami semua didalam dewan tersebut disoal siasat dengan pengetua. Hasil daripada daripasa soal siasat tersebut, rupa-rupanya seorang kawan saya tidak sengaja menekan butang kecemasan semasa melekukan persiapan.


   Selain untuk menyambut hari-hari terakhir kami di sekolah, majlis ini juga bertujuan untuk merasmikan sebuah penghargaan kami kepada sekolah iaitu sebuah papan tanda bercahaya yang bertulis BITARA & BERBUDAYA. Itu adalah hasil kutipan batch kami selama 5 tahun di sekolah. BITARA & BERBUDAYA ialah slogan sekolah kami yang telah diperkenalkan oleh pengetua kami Tuan Hj. Alim bin Konting.

  
   Ini adalah antara gambar yang telah diambil semasa majlis farewell berlangsung. Pelbagai persembahan yang telah diadakan oleh semua pelajar tingkatan 5. Untuk melihat apa yang berlaku di majlis ini anda semua bole melihat video yang saya sediakan dibawah ini.


  Best tak? Apa pendapat anda mengenai majlis ni? Anda bole tulis diruangan comment dibawah.

Sunday, March 15, 2020

FAMILY TIME!!


  Ini adalah kali pertama saya share mengenai family saya di blog ini dan saya akan bercerita mengenai percutian kami sekeluarga di Cameroon Highland, Pahang, Malaysia. Kami dah merancang lama untuk bercuti maklumlah semya dah sambung belajar, so cuti semua lain-lain, agak susah juga lah nak dapat tarikh dimana semua ada dirumah.

  Ibu saya yang cadangkan untuk bercuti di Cameroon Highland sebab katanya nak juga rasa suasana yang sejuk di Malaysia ni. Yelah kalau setiap hari menghadap panas penat juga kan so kami pon bersetuju dengan cadangan ibu kami.


  Selain cuaca yang sejuk Cameroon Highland juga mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan bole menghilangkan stress. Tamabahan pula saya memang suka pemandangan di atas gunung sebab saya boleh lihat pemandangan yang sangat luas dan dipenuhi tumbuhan hijau.

   Antara banyak-banyak gambar, gambar ini yang menjadi fav saya kerana pemandangan indah gunung-gunung jelas kelihatan serta senyuman yang terukir di wajah ibu bapa saya sudah cukup untuk menyempurnakan lagi gambar ini.

PEMANDANGAN DI SEHEBAT



  Sehebat atau nama panjangnya  Sekolah Menengah Sains Batu Pahat adalah dimana saya bersekolah selama 5 tahun iaitu dari tingkatan 1 (2014) hingga tingkatan 5 (2018). Sekolah ini mula dibina pada 2006 dan dijangka siap pada tahun 2008 tetapi ada sesuatu isu yang berlaku menyebabkan proses pembinaan sekolah ini diberhentikan dan disambung semula setelah 2 tahun terbelangkalai dan akhirnya siap pada tahun 2010.


Sekolah ini terletak di Batu Pahat, Johor dan dibina bersebelahan dengan Gunung Banang yang indah dan permai. 

  Ini adalah salah sath gambat yang saya ambil sendiri. Gambar ini diambil selepas hujan. Gambar ini adalah antara gambar yang paling lawa dan unik kerana anda semua bole lihat betapa hebat kuasa tuhan dimana awan itu seperti mengelilingi Gunung Banang tersebut.


   Permandangan ini sangat indah dan boleh dilihat bila-bila masa. Selain itu, kami boleh menghilangkan tekanan dengan melihat sahaja keindahan ciptaan tuhan ini. Setiap kami akan beriadah sambil ditemani dengan suasana yang indah.

  Pabila tiba malam hari, anda boleh melihat suatu cahaya yang memukau di hadapan Dewan Sri Banang. Ia tertulis 'BITARA DAN BERBUDAYA' iaitu slogan sekolah kami Sehebat Bitara dan Berbudaya. Ia juga adalah salah satu sumbangan dari batch saya, Extrovert 1418.


Saturday, March 14, 2020

CAT LOVER CORNER



family picture of my cat

  Kali ni saya akan cerita pasal kucing-kucing saya Yang kat atas tu adalah semua kucing saya dari kiri Ceme seterusnya Leo dan yang sebelah kiri tu ialah Adudu. Adudu ialah anak pertama yang dilahirkan oleh Ceme manankala Leo adalah anak kedua Ceme.
CEME
   Okay sekerang saya cerita macam mana kutirang boleh bela Ceme ini. Lebih kurang 4 tahun yang lepas, ayah saya terdengar suara kucing dibelakang rumah saya, kuat bunyinya. Bila ayah saya tengok diluar rupanya ada seekor kucing yang teruk keadaannya dan berada didalam longkang. Pada masa itu keadaan Ceme sangat kritikal, kaki kirinya patah, mukanya separuh luka seperti bergesel dengan tar dan badanya penuh dengan darah. Rupanta Ceme relah dilanggar dan tercampak ke dalam longkang rumah kami. Ayah saya pun ambil dan rawatnya sehingga sihat.
ADUDU
  Untuk pengatahuan anda semua Adudu ni sebenarnya betina dan ada cerita disebaliknya kenapa keluarga kami beri namanya 'adudu'. Seperti yang anda Adudu ialah nama karakter jahat didalam animasi Boboiboy. Disebabkan kucing saya ini jahat dan selalu bergaduh dengan maknya sendiri (ceme) sebab itulah kami beri namanya Adudu. Walaupun begitu Adudu ini sangat membantu kami untuk menangkap serangga perosak dirumah kami. Selain itu Adudu juga adalah kakaknya yang sangat penyayang. Dia selalu menjaga adiknya, Leo ketika Ceme keluar dari rumah dan kebanyakkan masanya dihabis untuk membersihkan bandan Leo dengan menjilatnya.

Leo
  Yang terakhir adalah Leo, anak kedua Ceme. Leo adalah satu-satunya kucing jantan yang kami ada dan disebabkan dengan itu kami beri namanya Leo. Saya tidak kenapa mungkin perangai 'lelaki' nya sangat jelas kerana Leo adalah kicing paling pemalas berbanding Ceme dan Adudu. Mungkin kerana selalu dimanjakan oleh Adudu dan Ceme, Leo jarang atau tidak pernah untuk menjilat badanya sendiri dan menyebabkan badan sering kotor walaupun baru dimandi dua hari sebelum. Betul lah orang tua kata 'jangan manjakan anak sangat nanti dia tak pandai uruskan duru sendiri.