Kalini, kami ke daerah Rembau,Negeri Sembilan untuk bermandi-manda walaupun air itu nampak macam "Tea O Ais kurang manis" tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk kami meneruskan agenda kami...Pada pukul 5.30pm kami sampai disini walaupun pada waktu itu hujan renyai-renyai tapi kami teruskan perancangan kami.
Kami pergi ke air terjun ini, dengan "permission Sir RO" untuk shore leave setelah sekian lama terperap di dalam kampus kami. Okey kami adalah geng-geng ON-SITE yang memilih untuk kelas online di dalam kampus kerana terdapat pelbagai masalah seperti tidak mendapat capaian internet yang baik di rumah masing-masing.
Gambar ini diambil setelah selesai bermandi-manda , dan dapat dilihat orang yang paling hensem sedang memakai "goggles" di sebelah kanan gambar ini,hahahahahhaha. Alhamdulillah, kerana saya dapat menambah kenalan saya dek kerana, sebelum ini kami boleh dikatakan tidak rapat kerana asyik berkawan dengan rakan sekelas atau rakan sebilik sahaja.Tetapi apabila saya menyertai geng ON-SITE ,saya dapat menambah rakan yang dapat membantu saya baik dari segi pembelajaran mahupun apa-apa jua.
Gambar ini akan menjadi kenangan yang terindah buat kami.
No comments:
Post a Comment