Pada waktu ini, saya sedang menunggu kawan saya bersiap untuk pergi ke masjid sambil cuba untuk bervideo call bersama emak saya. Gambar diatas menunjukkan saya adalah seorang yang pandai menggosok baju , lihat pada garis yang terbentuk di seluar itu...hahahahaha
Hanya seramai ini Kadet Semester 2 yang beraya disini mungkin atas faktor rumah terlalu jauh.
Gambar ini diambil sebelum bergegas untuk menunaikan Solat sunat hari raya di masjid berhampiran kampus kami.
Setelah selesai solat sunat hari raya ,kami terus ke dining hall untuk menikmati juadah seperti diatas.Walaupun nampak hanya sebegitu, tetapi kami bersyukur kerana dapat juga merasa lemang berserta rendang.
Walaupun raya aidiladha pada kalini jauh disamping keluarga, Saya tetap gembira dan harus membiasakan diri saya kerana mungkin suatu hari nanti orang yang kita sayang akan meninggalkan kita. Cepat atau Lambat itu rahsia daripada Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment