Okay guys untuk enteries kalini sempena bulan kemerdekaan negara kita yang tak lama lagi aku nak kongsikan pengalaman aku memasuki pertandingan kawad kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62 pada tahun 2019 yang lepas. Banyak perkara yang telah aku belajar pada tahun lepas yang tidak boleh dilupakan. Acara tersebut berlangsung pada pagi 31 Ogos 2019 dan berakhir pada waktu tengahari . Terdapat banyak pasukan yang menyertai pertandingan kawad tersebut yang bertempat di dataran pahlawan Melaka .
|
Aku di pagi hari
|
Sebelum sambutan tersebut kami telah berlatih lebih kurang sebulan dan ianya membuahkan hasil pada akhirnya. Kami berlatih setiap waktu petang untuk mengasah bakat kami berkawad dan semestinya untuk memenangi pertandingan tersebut. Kami terdiri daripada 3 kumpulan, kumpulan pertama merupakan kumpulan yang memasuki pertandingan kawad kemerdekaan, manakala dua lagi kumpulan ialah kumpulan yang membuat persembahan iaitu membawa bendera Melaka dan satu lagi kumpulan membawa bendera Malaysia. Pada malam sebelum hari kemerdekaan itu kami semua yang terlibat dengan acara keesokkannya diarah supaya memotong rambut supaya nampak kemas sebelum menyertai pertandingan.
|
Semasa pertandingan kawad
|
Apabila selesai sesi pemotongan rambut yang dilakukan oleh salah seorang pelajar di situ kami kami terus tido kerana pertandingan yang dinantikan selama ini akan tiba. Keesokkan harinya pada pagi dalam jam 0600 kami telah berkumpul untuk menaiki bas pergi ke Datararan Pahlawan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit lalu kami pun smapai. Apabila kami sampai kami melihat banyak badan beruniform lain yang telah bersedia di sana sebelum acara di mulakan. Kami terus bersiap-siap dan masuk dalam perbarisan kawad kami. Apabila acara di mulakan kami terus berkawad seperti yang telah di ajar .Walaupun perjalanan kawad yang agak panjang namun kerana semangat yang membara kami meneruskan kawad.
|
Gambar selepas kawad
|
Apabila selesai kawad maka berakhir lah penat kami selama ini. Setelah itu, kami meneruskan sesi pergambaran dan ada makanan yang disediakan buat kami yang telah penat berjuang mengharumkan nama Alam. Gambar di atas ni menunjukkan ada sekumpulan pelajar yang juga daripda ahli pertandingan tersebut telah datang kepada kami dan ingin mengambil gambar dengan kami. Sememangnya kami sangat seronok pada hari tersebut.
|
Piala yang dimenangi kami
|
Segala kepenatan kami terbayar apabila juara telah menjadi milik kami dan kami memenangi 3 buah trofi . 3 buah trofi tersebut ialah pemenang pakaian terbaik, pemenang kawad terbaik dan akhirnya trofi juara keseluruhan terbaik. Kami sememangnya gembira apabila di umumkan pemenang dan dan pulang dengan tenang kerana pengumuman kemenangan tersebut di buat sebelum kami balik.
|
Semua yang terlibat
|
Kesemua yang terlibat dalam merealisasikan impian kami menjadi juara berasa bangga dengan pencapaian ini. Selepas beberapa hari tersebut sedikit jamuan di buat untuk kami yang terlibat dalam pertandingan ini untuk memberi penghargaan setelah penat berlatih. Akhirnya aku harap kami akan menang lagi pada tahun tahun yang akan datang dan mengharumkan nama Alam.
Itu saja daripada saya, sekian.
No comments:
Post a Comment