Masyarakat sekarang diuji dengan pelbagai godaan dan ujian yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala sosial terutama warga muda. Oleh itu , bagi membentuk masyarakat yang berwibawa dan penuh wawasan , kita perlu membentuk akhlak mereka seusia 7 tahun dengan memasukkan mereka ke dalam Kelas Fardhu Ain ( KAFA).
Pembongkaran bilik kosong dibawah rumah Haji Hussin (warga yang disegani oleh warga Kampung Pukat) , lokasi untuk penubuhan kelas KAFA. Pemuda berbaju putih atau dengan nama panggilan Pogeng(4geng) bersama" otai Tanjung Batu melakukan pembongkaran.
Tibalah masa untuk pemuda melakukan kerja amal , meninggalkan sementara hobi lepak demi masa depan adik adik mereka dengan mencat baharu setiap penjuru bilik. Masing masing menunjukkan skill mereka yang telah diasah dari pengalaman bekerja.
Batu halus telah sampai , tiada lagi perkataan santai , tibalah saatnya latihan otot. Batu tersebut bertujuan menambak halaman luar kelas untuk mengelakkan banjir pabila hujan.
Kerja menolak Gerobak dilakukan bersama-sama warga SBL. Pemuda bertopi merah dengan panggilan Kiduk ( Ridhwan Aco) mencuba memuatkan batu , sebanyak mana dia mampu mengangkatnya.
Selesai kerja meratakan batu kerikil , Eling, Fikram dan Sumpak santai merenggangkan otot yang tegang.
No comments:
Post a Comment