Thursday, August 20, 2020

Pewaris Karya Novel


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


  So hari ni, aku nak share tentang penulis novel yang terkenal dan menghasilkan karya yang berkualiti iaitu Abdul Latip Talib. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam serta mencuburi bidang ini pada tahun 1999. Beliau berasal dari Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan dan  dilahirkan pada 2 Jun 1954. Abdul Latip Talib merupakan salah seorang penulis novel yang aku minat dari bangku persekolahan lagi.


Novelis: Harus ada usaha peringkat kecil-kecilan galak tabiat ...



  Berikut merupakan beberapa novel beliau yang aku suka :

  • Novel Khalid Al Walid


Khalid Al Walid | Abdul Latip Talib | PTS Publications | 978-967 ...
Source: e-sentral.com

"Kisah agung Panglima unggul Islam. Beliau merupakan panglima yang sangat handal dalam strategi dan malah beliau yang menyebabkan kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud. Namun pada saat hidayah menyentuh jiwanya, beliau bertukar menjadi panglima yang tidak terkalah. Beliau menemui Penciptanya bukan di medan perang, tetapi di atas perbaringan."


  • Novel Abu Ubaidah

Abu Ubaidah Penakluk Parsi by Abdul Latip Talib
Source: goodreads.com
    "Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau dilahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Beliau juga antara orang yang awal masuk Islam, selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq. Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga oleh Nabi Muhammad S.A.W. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya."


    • Novel Tok Janggut
    Tok Janggut - Buku - PTS
    Source: pts.com.my

    "Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas telah dilahirkan di Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana tersebut. Apabila meningkat dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun. Kisahnya bermula apabila Tok Janggut tidak berpuas hati dengan pihak Inggeris dan menyerang mereka."

    No comments:

    Post a Comment