Thursday, August 20, 2020

Homestay

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua ? Semoga sentiasa dilimpah rahmat dari yang Maha-Esa

So hari ni aku nak share pasal homestay yang aku dan kawan-kawan pi weekend lepas. Kami pilih Homestay Kota Aur, Penang ni sebab reka bentuknya yang klasik dan susah untuk nak jumpa di kawasan ni. Bagi pandangan aku, homestay ni sesuai la untuk mereka yang tak pernah merasa suasana kampung. Untuk pengetahuan, homestay yang kami duduk ni telah diktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan menjadi salah sebuah homestay tumpuan oleh pelancong asing. Kat bawah aku ada letak gambar yang aku sendiri ambil. 


Pemandangan depan homestay.






Ada dua gazebo untuk releks kena angin.


Bilik No.2

Bilik Utama


Bilik No. 3




Aku dan kekawan sewa homestay ni selama satu malam sahaja . Caj yang dikenakan bagi aku berpatutan dengan harga RM150 semalam untuk 4 bilik dengan 1 katil king, 1 katil queen dan 4 katil single. Aku booking homestay ni dekat Booking.com sebab waktu ni tengah ada promotion. So setakat tu dulu nanti kalau ada something baru aku share kat next blog. Bye. 

No comments:

Post a Comment