Bertemu lagi semua di blog saya untuk enteries ke 11, okay pada harini saya akan kongsikan pengalaman saya.. cuba teka? ahahahahaah tengok tajuk pon dah boleh tahu kan okay harini saya nak kongsikan pengalaman raya tahun 2020 di mana kita sedia maklum bahawa raya tahun ni agak berbeza daripada raya tahun yang lepas lepas kerana penularan wabak covid-19 yang menular pada waktu itu. Walaupun begitu raya tetap raya jadi kami sambut raya tetapi agak kurang tahun ini kerana tidak digalakkan untuk melawat rumah sedara berikutan wabak tersebut.
Pagi raya
Raya tahun ini hanya kami bertiga beradik yang dapat balik daripada kesemua 7 orang adik beradik kami namun suasana raya itu tetap ada meskipun tidak seperti dulu. Seperti biasa sebelum raya akan sibuk dengan persiapan yang akan di buat seperti, mengemas rumah, memasak juadah hari raya dan membeli mercun , ehh bukan bukan dan mengisi kuih serta banyak lagi korang pon raya kan jadi korang tahulah. Semuanya dapat diselesaikan sebelum hari raya dan pada hari raya kami dapat beraya dengan tenang saling maaf bermaafan dan lain lain.
Juadah hari raya
Memang bayak juadah yang disediakan pada hari raya ni, semuanya hasil perperangan dengan dapur oleh mak dan akak aku pada malam hari raya . Antara juadah hari raya yang dapat kat gambar atas tu ialah buleberry cheesecake, rendang ayam dan daging, sambal , lontong dan banyak lagi lah. Pada pagi raya kami bersiap seperti raya yang sebelum ni alunan lagu raya membuatkan suasana raya makin bertambah. Semuanya dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, setelah solat hari raya aidilfitri di rumah kami menikmati juadah yang disediakan dan seorang demi seorang anak mak aku call mak untuk mengucapkan selamat hari raya, termasuk juga kakak aku yang berada di luar negara .
kakak aku yang beraya di luar negara
Kakakku beraya di sana kerana mengikut suaminya yang di tukarkan tempat bekerja di sana iaitu di Czech Republic. Walaupun begitu mereka tetap sambut raya dengan rakan Malaysia mereka yang ada di sana. Jadi setelah kami makan , kami teruskan dengan sesi penggambaran di halaman rumah dan di dalam rumah . Selepas itu seorang demi seorang adik beradik ku berkongsi gambar mereka beraya di tempat yang berbeza-beza terdapat juga abangku yang beraya di atas kapal kerana bekerja.
Malam raya pertama
Pada malam hari raya pertama abangku telah datang melawat kami sekeluarga dan kami sangat gembira pada waktu itu , kami menghabiskan masa pada waktu malam dengan bermain bunga api dan bersembang . Suasana pada raya pertama agak bosan sedikit tetapi dengan kehadiran abang abang ku kemudian dapat mengisi kebosanan pada raya pertama. Pada raya kedua pula , kami mengambil peluang untuk melawat rumah pakcik ku kerana di jemput oleh mereka dan pada pagi tersebut kami pon bersiap-siap dan terus bergerak pergi kesana.
Di rumah pakcik
Setelah di jemput masuk kami pun di duduk bersembang sebelum di jemput makan oleh mereka. Kami saling berkongsi kisah raya masing-masing. Kami pon meneruskan perjalanan balik selepas itu. Jadi itulah kisah raya aku pada tahun 2020 walaupun raya pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas tetapi ianya akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan pada masa akan datang . Suasana raya yang sederhana daripada tahun sebelum ini tetapi ia membawa makna yang besar pada kami.
Itulah daripada saya pada hari ini, sekian.
No comments:
Post a Comment