Jadi untuk siri kali ni saya ingin memperkenalkan anda dengan adik saya. Nama diberi Muhammad Darwisy Arfan, dilahirkan pada 9 March 2002, kini dia belajar di Universiti Teknologi Petronas, hobi yang dia minati adaah bermain game dan dia sangat pakar bermain game CSGO. Darwisy ni bukan la baik sangat tapi tak jahat sangat dia ni nakal. Walaupun dah besar tapi bila dia mula merajuk aduh memang susah la nak pujuk lagi lagi bila dia merajuk sebab tak dapat apa yang dia nak. Dia ni harap badan je besar tapi macam budak kecik kuat merajuk. Kalau kiteorang duduk sebelah sebelah memang orang akan cakap saya la adik sebab dia lagi besar dari saya. Orang ramai kata saya nampak macam abang sebab misai saya lagi tebal dari dia hahahaha. semasa dia masih lagi kecil
kami berdua semasa kecil
ini la dia sekarang
kami berdua sekarang
Jadi saya taknak cakap lebih lebih kalau boleh taknak dia tahu hahahaha. Apa apa pun saya sayang adik saya dan saya mengharapkan hanya yang terbaik dalam hidup dia
No comments:
Post a Comment