5.
NASI LEMAK (google picture)
Haa tengok gambar je dah menyelerakan ape lagi kalau dah makan kan, jadi ini lah makanan yang aku suka dan aku letakkan dia di tempat kelima. Aku memang suka makan nasi lemak ni lagi lagi pada waktu pagi sewaktu nak memulakan aktiviti harian dapat nasi lemak dan teh tarik pada waktu pagi sudah cukup untuk buat aku bahagia sepanjang hari aahahahhaha gurau ok. Kebiasaannya nasi lemak ini di lengkapi dengan sambal, timun, telur , ikan bilis , kacang dan nasi ia memang sedap,Walaupun begitu nasi lemak ni tak begitu sihat kerana kandungan kalorinya yang tinggi dan boleh membuatkan kita penat dan boleh dikatakan malas sedikit . Tetapi , ianya tetap menjadi antara makanan kegemaran aku.
4.
NASI KERABU (google picture)
Itu diaaa nasi kerabu , makanannya yang unik kerana nasi berwarna biru dan dilengkapi dengan telur masin dan kerabu mangga yang rasanya agak masam sudah cukup untuk membuatkan aku menggemari makanan ini. Kadang-kandang dilengkapi dengan ikan dan kebiasaannya dilengkapi dengan ayam , tengok gambar je pon sudah boleh membuatkan lapar . Makanan ini mempunyai banyak lauk antaranya telur masin, kerabu mannga , ayam atau ikan, solok lada, dan banyak lagi.
3.
NASI AYAM PENYET (google picture)
Di tempat ke 3 , nasi ayam penyet ni memang menjadi kegemaran aku lagi lagi kalau mak aku yang buat ianya memang sedap kerana mempunyai banyak lauk antaranya tauhu, tempe, sambal belacan sayur, sup, dan ayam sudah pasti. Ianya berasal daripada Indonesia dan menjadi terkenal di Malaysia kerana nasinya istemewa ia di masak dengan air rebusan ayam itu sendiri. Sambal yang ada bersama nasi ini menjadi penting kerana ia mempengaruhi kesedapan nasi tersebut, jadi mari kita cuba rasa makn makanan yang berasal dari Indonesia ini .
2.
POORI (google picture)
Haa nampak pelik kan tapi inilah makanan yang korang perlu cuba dan memang tidak cukup satu punya kalau sudah makan. Poori ini ialah makanan yang berasal daripada india dan tidak ramai yang mengetahuinya dan pandai untuk membuatnya oleh itu ini membuatkan ianya istimeawa . Poori ini sesuai di makan dengan semua lauk tetapi lauk yang biasanya dilengkapi dengannya ialah dhall dan sambal. Apa yang istimewanya ialah rotinya sangat lembut dan agak manis sedikit memang sangat berbaloi untuk mencubanya. Poori kegemaranku ialah yang di buat oleh mak aku sendiri kerana ianya memang cukup rasa dan sedap.
1.
ROTI CANAI GEMAS (google picture)
Okay di tangga pertama jatuh kepada roti canai gemas ini. Ianya bukan sekadar roti canai yang biasa tapi ia dilengkapi dengan banyak lauk antaranya cheese telur dan bawang. Rasanya memang banyak masam, masin , manis semuanya di atur dengan baik . Walaupun begitu roti canai ini sukar di dapati di kedai biasa ianya jarang dibuat tetapi yang paling popular ialah di Pulau Pinang iaitu lokasi asal tempat wujudnya menu ini ianya terletak di gemas road dan memang popular dengan roti canai ini. Aku pernah pergi ke tempat ini sekali dan cuba makan ternyata memang sedap dan satu je tak cukup bagiku kerana jarang di buat oleh orang roti canai sebegini. Namun, setelah ianya viral aku percaya terdapat kedai sudah mula mengikut resepi roti canai sebegini.
Jadi itulah daripada saya tentang makanan kegemaran aku, sekian.
No comments:
Post a Comment