Majlis ini diadakan pada 28 Oktober 2018, di Dewan Seri Banang. Tanpa mereka semua yang didalam gambar diatas tidak meriah lah majlis ini. Setelah 5 tahun kami bersama di sekolah ini, banyak pengalaman yang manis dan pahit telah berlaku didalam hidup kami dan ia menjadi memori yang akan kami terkenang bila sudah dewasa kelak. Pengetua kami pernah cakap pada kami, pengalaman di sekolah menengah adalah paling seronok dan ia tidak akan dapat di universiti kerana di sekolah kami tidak mempunyai banyak masalah dan hanya enjoy the life.
Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya yang telah bersusah payah untuk menyara saya di sekolah ini selama 5 tahun. Ibu bapa saya bukan lah orang sungguh berada, pelbagai jenis pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk membesarkan saya hingga ke hari ini. So saya akan sedaya upaya untuk membalas budi mereka selama ini, dengan itu lah saya mencuburui bidang maritim ini kerana ia memberikan pulangan yang sungguh lumayan.
Itu sahaja lah untuk entry saya yang terakhir. Jika anda ingin saya meneruskan blog ini, saya nak blog kami mempunyai lebih 1000 viewer.
No comments:
Post a Comment