Monday, April 13, 2020

Bahagian Bahagian Stik

Jadi pada hari ini, saya nak berkongsi tentang stik memandangkan ia adalah makanan kegemaran saya. Saya akan memperkenalkan anda dengan bahagian-bahagian stik yang ada.


1. Filet Mignon - datang dari nama potongan stik dari bahagian daging tenderloin, otot yang berbentuk silinder panjang yang berada di sepanjang tulang belakang. Ia merupakan potongan bahagian yang paling mahal kerana bahagian otot tersebut tidak banyak bekerja membuatkan bahagian sangat lembut hingga boleh dicucuk dengan garfu

Filet Mignon
sumber: Taste Of Home

2. Ribeye - bahagian yang paling lazat. Dipotong dari bahagian rusuk dan dijual sebagai stik tanpa tulang. Bahagian lebih berperisa berbanding Filet Mignon tetapi lebih kenyal.


Ribeye
sumber: Taste Of Home

3. Strip - Ia juga dikenali sebagai New York Strip. Ia dipotong dari bahagian pinggang yang pendek. Ia mempunyai lemak yang lebih sedikit berbanding Ribeye tetapi lebih berperisa.


Strip
sumber: Taste Of Home

4. Sirloin - Bahagian ini datang daripada bahagian belakang haiwan. Bahagian ini mempunyai rasa yang sedap dan harga yang dijual tidak begitu mahal membuatkan orang ramai mampu untuk memakan bahagian ini secara kerap.


Sirloin
sumber: Taste Of Home

5. T-Bone - Bahagian ini mengandungi dua stik iaitu Strip dan Sirloin. Paling digemari ramai penggemar stik dan bahagian ini dibuang paling akhir sekali dari bahagian belakang dan mempunyai kandungan Filet Mignon yang lebih.


T-Bone
sumber: Taste Of Home

6. Tomahawk - bahagian ini adalah bahagian Ribeye yang tidak dipotong sepenuhnya dari bahagian rusuk. Ketebalan bahagian ini bergantung kepada ketebalan tulang.


Tomahawk
sumber: Taste Of Home




No comments:

Post a Comment