Google picture |
Hi semua,berjumpa kembali kita di enteries aku yang ketiga.Mesti korang tertanya apa pulak cerita yang aku nak sampaikan kali ini.Okay macam koarang nampak dekat atas tu logo alam,jadi aku nak ceritakan pengalaman aku dekat Alam masa sebelum dan setelah aku masuk ke sini.Aku akan ceritakan juga macam mana perjalanan hidupku di sini iaitu apa yang aku lalui setiap hari dan cabaran untuk aku di sini.
Gambar ketika hari pertama di Alam |
Aku nak masuk alam sebab apa?.Begitulah aku tanya diriku semasa menunggu perjalanan untuk sampai ke Alam di dalam kereta.Perasaan aku hari ini susah di gambarkan,aku tak berasa sedih dan tidak pulak terlalu gembira dan aku mungkin sedikit nervous,mungkin sebab pertama kali berjauhan dengan ibu bapa dalam masa yang agak lama macam ini,iyelakan aku tidak pernah rasa hidup di asrama dan ini kali pertama untuk aku jalankan kehidupan ku di asrama.Hujan renyai mengiringi kereta kami sewaktu perjalanan kami ke sini seolah olah macam menangisi pemergian ku.Sejujurnya aku rasa sangat gembira semasa mendapat tahu yang aku layak melanjutkan pelajaran di sini,gembira yang tak dapat diungkap dengan kata kata,kerana untuk masuk ke sini aku perlu menduduki satu ujian yang bagi aku agak mencabar buat aku.Ujian ini boleh di ambil hanya dua kali,jika gagal kedua-duanya aku mungkin tidak dapat meneruskan matlamat ku untuk belajar di sini.Aku gagal pada kali pertama,berasa hampir putus asa dan sejujurnya aku sangat stress apabila nama ku tidak dipanggil untuk mendapat tawaran masuk belajar di sini kerana aku gagal dalam ujian fizik,aku lulus ujian matematik dan english tetapi tidak untuk fizik jadi aku gagal mendapat tempat belajar pada kali pertama aku datang untuk temuduga di sini.Namun,itu tidak menghalang aku untuk tidak mencuba kali yang kedua dan aku tekad untuk lulus pada kali yang kedua ini.Pada kali yang kedua aku duduki ujian seperti biasa dan alhamdulilah aku berjaya untuk kali yang kedua.Jadi itulah aku kira cabaran sebelum aku masuk ke Alam.
Pada waktu petang hari pertama aku di Alam setelah selesai semua urusan pendaftaran aku melihat kereta mak ayah aku keluar daripada perkarangan kawasan Alam selepas mak ayah ku sudah bersalam dan mencium pipi ku buat kali terakhir,aku rasa sedih dan sedih kali ini lain daripada yang sebelumnya aku tidak pernah rasa perasaan macam itu sebelum ini perasaan seolah olah ditinggalkan oleh mak ayah untuk aku hidup sendiri.Aku menangis pada hari pertama itu dan aku memikirkan apakah aku mampu untuk lalui kehidupan di sini.Namun begitu, tangisan aku itu menjadi kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan aku untuk hari hari yang seterusnya dan sehingga aku mencapai cita cita ku.
Gambar ku ketika selepas menangis di hari pertama |
Pada hari pertama aku dapat berkenal dengan ramai kawan baru terutama sekali rakan sebilik ataupun roommate.Aku bersyukur mendapat rakan sebilik yang baik dan berbeza dengan bilik bilik yang lain kerana di bilik kami tiada sesiapa yang menghisap rokok dan bilik kami bebas daripada asap rokok tidak seperti bilik-bilik yang lain dan ini membolehkan kami dapat menghirup udara yang segar di tepi pantai kerana bilik kami menghadap ke pantai.Roommate ku memang mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan mereka asal daripada negeri yang lain daripada ku dan ini membolehkan aku dengar banyak loghat daripada negeri yang berbeza iaitu loghat pantai timur,utara,dan sabah.Sering juga berlaku tidak faham antara loghat yang mereka cakapkan namun lama kelamaan aku menjadi biasa dengan loghat tersebut dan dapat belajar sedikit sebanyak cara mereka berkomunikasi.Roommate ku terdiri daripada orang daripada negeri Kedah,Kelantan,Selangor,Melaka,Sabah,dan juga aku sendiri iaitu johor.
Roommate ku yang handsome |
Setelah hari pertama selesai hari hari berikutnya diteruskan lagi dan aku banyak mempelajari budaya yang di amalkan oleh pelajar di sini.Setiap hari berkerja iaitu isnin sehingga jumaat kami akan berhimpun di pagi hari dan ini dinamakan sebagai colours party,kami akan menyanyikan lagu negaraku dan membunyikan loceng sebagai simbolik untuk colours party.Setelah selesai kami akan masuk ke kelas dan memulakan pelajaran di kelas sehingga jam 12 tengahari. Kemudian kami akan makan tengahari dan kemudian disambung kelas pada jam 2 petang sehingga 5 petang.Pada watu malam pula kami akan ada sedikit exercise di waktu roll call sekitar jam 9.45 p.m sehingga 10.45 p.m dan ini di kenali sebagai punishment untuk kami agar lebih kuat untuk menjalani kehidupan seharian.Pada mulanya memang agak kelam kabut kerana tiada masa untuk rehat dan sibuk dalam urusan seharian tetapi lama kelamaan aku dapat menyesuaikan diri di sini.
Punishment by senior |
Hari-hari berikutnya di ikuti dengan perkara yang sama memang sedikit bosan tapi dengan adanya kawan-kawan yang baik aku dapat teruskan kehidupan di sini.Minggu pertama memang agak penat sebab ia merupakan minggu orientasi dan banyak pengalaman ketika minggu ini.Gambar ini diambil ketika di baris pagi pada minggu orientasi dan sebelum mendapat uniform.Suasana di Alam agak aman kerana kerap di iringi dengan angin yang menyamankan dan agak tenang berada di sini.Banyak cabaran yang harus aku lalui semasa masih baru di sini.Antarnya ialah aku perlu memahirkan menggunakan bahasa inggeris kerana bahasa itu merupakan bahasa yang sering digunakan di sini dan boleh dikatakan bahasa utama,berbeza ketika di sekolah kami sering menggunakan bahasa melayu dan agak kurang berkomunikasi dalam bahasa inggeris.Kebanyakan subjek aku di sini dalam bahasa inggeris dan hanya satu atau dua subjek yang dalam bahasa melayu dan cabaran itu juga menjadi kekuatan untuk aku terus belajar di sini.
Katil ku dan locker |
Setiap kali pagi kami akan di bangunkan dengan mod atau man on duty yang bertugas bergilir gilir daripada kalangan pelajar.Mod akan pergi ke setiap bilik dan akan membuka lampu semua bilik dan mengejutkan pelajar atau cadet yang lain.Pada hari bekerja kami akan jalani latihan senaman pada waktu pagi dan ini merupakan perkara yang paling aku malas nak buat tapi terpaksa juga bangun dan lapor kepada jurulatih jasmani untuk menjalani latihan pada waktu pagi.Dengan bilangan pelajar yang agak ramai tandas juga akan terhad jadi pada waktu pagi jika mahu siap awal perlu bergegas mandi sebelum ramai yang datang mandi.Kebiasaanya selepas latihan senaman pada waktu pagi ramai yang akan bergegas untuk merebut tandas untuk mandi dan supaya cepat bersiap.Masa yang di berikan agak singkat namun begitu aku sudah biasa mempersiapkan diri aku secara cepat dan bukan sahaja diriku malahan tempat tidur ku juga harus kemas kerana akan di periksa oleh warden.Sungguhpun banyak cabaran yang aku sudah lalui dan mungkin banyak lagi yang akan aku tempuhi aku akan tetap lalui dengan sabar sehingga aku dapat membanggakan ibu bapa ku sepertimana harapan mereka pada aku sewaktu menghantar aku pada hari pertama aku di sini.
Jadi itu sahaja untuk enteries kali ini daripada saya.Sekian.
No comments:
Post a Comment