Thursday, April 2, 2020

Visit Kedah (part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga semua sihat dan sentiasa dalam lingkungan rahmat tuhan. Jadi hari ini aku masih lagi nak cerita perkara sama macam blog sebelum ni. Kali ni kita explore pula tempat kesukaan aku iaitu Hutan Lipur Titi Hayun. Air terjun Titi Hayun terletak di kaki Gunung Jerai. Air terjun di sini juga merupakan air tadahan hujan daripada Gunung Jerai.

Source: mdyan.gov.my
Source: kedforesty.gov.my

          Air terjun ini terletak di daerah Yan dan sejauh 3km dari pekan Yan. Terdapat beberapa chalet di sepanjang jalan masuk ke air terjun yang boleh di sewa oleh pengunjung. Aku selalu datang mandi di sini sebab kehijauan pohon-pohon dan bunyi air terjun itu sendiri cukup mendamaikan. Kebersihan juga dijaga baik oleh pihak Majlis Daerah Yan. Jadi tidak perlu risau tentang kebersihan di kawasan persekitaran. Bukan itu sahaja, tiada sebarang caj yang dikenakan kepada pengunjung yang datang dan disediakan kemudahan awam seperti tandas, pondok untuk berkelah dan parking kereta yang luas. Hutan Lipur Titi Hayun sesuai untuk aktivti berkelah bersama keluarga dan bermandi-manda.

Source: menarikdi.com


Source: Flickr.com

Di Hutan Lipur Titi Hayun ni lah terletaknya Tangga Kenari yang aku cerita dalam blog sebelum ni. Tangga yang menghubungkan kaki gunung jerai dan puncak gunung jerai harus melalui hutan ini.

Source: sejarah.my

So, untuk sesiapa yang teringin nak mai ke hutan lipur ni, boleh lah mai ke daerah yan dan merasai sendiri air terjun di sini. Pengunjung diingatkan untuk menjaga kebersihan kawasan dan jangan buang sampah merata-rata. Kalau bukan kita yang menjaga kurniaan tuhan ni, siapa lagi ?? Jadi pikir-pikirkan lah ye.

No comments:

Post a Comment