Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni merupakan hari ketiga kita berpuasa di bulan yang penuh barakah ini iaitu bulan Ramadan. Jadi, hari ni aku nak share beberapa tokoh yang aku selalu jadikan contoh teladan dalam hidup aku. Tokoh yang berjiwa besar dan mempunyai akhlak yang terpuji dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah :
- Imam Malik
Source: kingpantura.com |
Malik bin Anas bin Malik bin Amir Al-Harith atau dikenali sebagai Imam Malik dilahirkan di Baqi, Kota Madinah pada tahun 93 hijrah atau 713 Masihi. Datuknya Amir bin Al-Harith merupakan seorang yang sangat berjasa kepada Rasullulah membuatkan seluruh keturunanya dihormati oleh masyarakat setempat. Imam Malik terkenal dengan kisahnya yang tidak akan menaiki kenderaan seperti unta di dalam kota Madinah kerana amat menghormati dan menyayangi Nabi Muhammad yang dimakamkan di dalam Kota Madinah. Aku amat kagum dengan kehebatan ilmu dan kesungguhan Imam Malik dalam menuntut ilmu sehinggakan beliau menjadi guru semasa usianya 17 tahun. Keperibadian beliau dalam menghormati ilmu juga menjadi contoh kepada aku. Untuk sesiapa yang ingin mengenali Imam Malik lebih mendalam boleh membaca novel karya Abdul Latip Talib.
Source: pts.com.my |
2. Tuan Guru Nik Aziz
Source: thevocket.com |
Tuan Guru Dato Bantera Setia Haji Nik Aziz Bin Nik Mat yang dilahirkan pada tahun 1931 di Kota Bharu, Kelantan merupakan ulama Malaysia dan bekas Menteri Besar Kelantan. Aku sangat menghormati tuan guru disebabkan sikap pemurahnya dan mementingkan rakyat semasa zaman pemerintahanya. Kehidupan Tuan Guru yang bermewah sangat disegani walaupun beliau merupakan seorang menteri besar kerana sifatnya yang sentiasa memikirkan kesusahan rakyat. Terdapat sumber melaporkan bahawa tuan guru akan memotong sebahagian gajinya untuk disedekahkan kepada rakyatnya yang susah.
Source: pts.com.my |
Amir ibn Abdullah ibn al-Jarrah atau dikenali sebagai Abu Ubaidah bin al-Jarrah dilahirkan di Kota Mekah merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang mempunyai sifat yang terbaik dan paling sederhana. Aku mengenali beliau melalui karya Abdul Latip Talib. Terdapat satu kisah yang diceritakan dalam novel tersebut yang menyentuh hati aku iaitu dimana Abu Ubaidah terpaksa membunuh bapa kandungnya sendiri ketika perang antara orang Islam dan golongan Musyrikin. Beliau sehabis daya berselindung daripada penglihatan bapanya supaya tiada pertumpahan darah yang berlaku antara anak beranak itu tetapi bapanya mencari beliau untuk membunuhnya. Maka berlaku lah pertarungan antara mereka sehinggakan beliau terpaksa menggugurkan bapanya sendiri sambil mengalirkan air mata untuk agama yang tercinta. Aku sangat kagum dengan sifat Abu Ubaidah yang mencintai agamanya lebih dari segalanya dan disebabkan itu beliau merupakan antara tokoh kegemaran yang aku jadikan teladan. Untuk kisah lebih lanjut, hampa boleh dapatkan novel keluaran Abdul Latip Talib di pasaran.
No comments:
Post a Comment