Saturday, April 4, 2020

XT {THE LAST CHAPTER}


   2 November 2018 adalah tarikh yang paling diingati oleh semua warga Xtrovert 1418. Pada tarikh tersebuttelah berlangsungnya majlis yang amat penting untuk batch kami. Majlis ini telah diadakan untuk menyambut hari-hari terakhir buat kami yang telah bersama selama 5 tahun di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT). Pelbagai kenangan yang telah kami lalui bersama, ada yang manis dan juga yang pahit. Majlis ini juga dihadiri oleh semua  pelajar tingkatan 5 serta guru-guru dan Pengetua sekolah kami. Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan sangat lancar. Saya amat berterimkasih pada semua warga XT yang telah bekerjasama untuk memeriahkan lagi majlis ini.


    Persiapan majlis ini juga sangat meriah walaupun banyak perkara yang perlu dilakukan tetapi dengan kerjasama semua pelajar tingkatan 5 perkara yang sukar menjadi mudah seperti slogan pada cerita animasi Wonderpet "apa yang penting kerjasama!!!". Ohhh lupa nak nagi tahu yang majlis ini mempunyai tema iaitu XT The Last Chapter. Selain itu, tema warna pula kami berpakat untuk memilih warna biru dan putih. Semua hiasan yang ada didalam dewan penuh dihiasi dengan warna-warna terssebut. Semasa melakukan persiapan majlis tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi lonceng kebakaran yang sangat kuat. Sehinggakan Pengetua kami pergi ke dewan untuk lihat apa yang berlaku. Kami semua didalam dewan tersebut disoal siasat dengan pengetua. Hasil daripada daripasa soal siasat tersebut, rupa-rupanya seorang kawan saya tidak sengaja menekan butang kecemasan semasa melekukan persiapan.


   Selain untuk menyambut hari-hari terakhir kami di sekolah, majlis ini juga bertujuan untuk merasmikan sebuah penghargaan kami kepada sekolah iaitu sebuah papan tanda bercahaya yang bertulis BITARA & BERBUDAYA. Itu adalah hasil kutipan batch kami selama 5 tahun di sekolah. BITARA & BERBUDAYA ialah slogan sekolah kami yang telah diperkenalkan oleh pengetua kami Tuan Hj. Alim bin Konting.

  
   Ini adalah antara gambar yang telah diambil semasa majlis farewell berlangsung. Pelbagai persembahan yang telah diadakan oleh semua pelajar tingkatan 5. Untuk melihat apa yang berlaku di majlis ini anda semua bole melihat video yang saya sediakan dibawah ini.


  Best tak? Apa pendapat anda mengenai majlis ni? Anda bole tulis diruangan comment dibawah.

No comments:

Post a Comment