Monday, April 6, 2020

Kata-kata Mutiara

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak share beberapa kata mutiara oleh tokoh-tokoh hebat yang memberi pengajaran kepada diri aku sendiri. Kata-kata yang memberi semangat dan kesedaran kepada kita sebagai rakyat yang harus membina masa depan yang cemerlang untuk bangsa, agama dan negara. Kehidupan umpama air terjun yang terus mengalir mengikut batu-batu yang tidak akan pernah berhenti mengalir. So, aku list kan beberapa tokoh yang berpengaruh berserta kata-kata mutiara mereka.

Source: gotravelly.com

1. Tun Dr Mahathir 
  • Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga.
  • Kejayaan itu tidak datang bergolek, kita kena terrhantuk beberapa kali di dinding beberapa kali itulah akan menyebabkan dinding pecah atau mugkin kepala kita yang pecah.Tapi saya tidak percaya kepada putus asa.

Source: pixabay.com

2. Nelson Mandela
  • Pendidikan adalah senjata paling mematikan di dunia, kerana dengan pendidikan anda dapat mengubah dunia.
  • Pimpin dari belakang dan biarkan orang lain percaya mereka ada di depan
  • Kebencian adalah seperti meminum racun dan berharap musuhmu yang terbunuh.
Source: ilmucahayahidup.wordpress.com

3. Imam As-Syafie R.A
  • Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya.
  • Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.
  • Orang yang berilmu dan beradap, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan  negerimu, merantaulah ke negeri orang.
  • Sesiapa yang menasihati secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu.

Source: tebuireng.online

4. Mahatma Gandhi
  • Bumi ini cukup untuk tujuh generasi, namun tidak akan pernah untuk tujuh orang serakah.
  • Jadilah kamu manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tetapi hanya kamu sendiri yang menangis dan pada kematianmu semua orang  menangis sedih, tetapi hanya kamu sendiri yaang tersenyum.
  • Kesalahan tidak akan menjadi kebenaran walau berulang kali diumumkan, sebaliknya, kebenaran tidak akan jadi kesalahan walau tak seorang pun mengetahuinya.

Source: tripadvisor.com



                                 

No comments:

Post a Comment