Okay hari ini saya akan kongsikan resepi untuk membuat popia nestum rangup. Menu ini agak mudah untuk dibuat kerana bahan-bahan dan cara untuk membutnya agak simple dan boleh dilakukan sendiri. Ia juga boleh dijadikan sebagai antara kuih raya, so anda boleh jimatkan duit anda untuk membeli kuih raya pada tahun ini.
bahan-bahan:
1. kulit popia
2. nestum
3. gula
4. tepung gandum
5. air
Cara untuk membuat:
1. gulung kulit popia secara menegak seperti gambar dibawah. untuk melekatkannya di bahagian hujung sapukan bancuhan tepung dan air. bancuhan hendaklah tidak terlalu cair.
2. potong gulungan tersebut dengan gunting yang tajam secara serong. potongan jangan terlalu panjang (panjang ibu jari ) seperti gambar dibawah.
3. goreng popia tersebut dengan minyak yang panas sehingga kekuningan. angkat dan tos seketika
4. kisar serbuk nestum beserta gula. campuran tersebut dibuat dengan nisbah 2:1 (nestum 2, gula 1)
5. hasil kisaran tersebut gaul dengan popia yang telah digoreng sebentar tadi. gaul sehingga sebati
SIAP!!!!!!
tips: -jangan goreng dengan api yang kecik, popia kurang rangup
-potong kulit popia separuh, lebih banyak dan rangup
No comments:
Post a Comment