Friday, April 3, 2020

Karya Berharga

Assalamualaikum dan salam sejahtera, jadi hari ni aku nak share pasal kata-kata 
hikmah yang memberi semangat dan kesedaran kepada aku oleh seorang ilmuwan terkenal iaitu Prof. DR. H. Abdul Malik Karim Amrullah atau nama gelarannya Buya Hamka. Beliau merupakan orang yang berpengaruh di Indonesia kerana kata-kataanya. Beliau juga dilantik menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia disebabkan ketinggian ilmu agamanya serta mempunyai pengalaman yang cukup hebat sepanjang hidupnya. Buya Hamka telah mengarang beberapa buku seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Daripada karya-karya ini aku mempelajari beberapa kata-kata yang aku ambik sebagai ikhtibar.


Source: goodreads.com

Source: bookcafe.com.my

Antara kata-kata Buya Hamka:
  • Kalau hidup hanya sekadar hidup, kera di rimba juga hidup. Kalau kerja hanya sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja.
  • Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah dan akan kembali ke tanah. Lalu kenapa masih bersifat langit ?.
  • Salah satu pengerdilan terkejam dalam hidup adalah membiarkan pikiran yang cemerlang budak bagi tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sdebelum lelah.
Source: bharian.com.my

  • Pemuda haruslah mempunyai cita-cita tinggi supaya hidupnya berarti. Apabila cita-cita tercapai, terutama dihari tuanya, dia akan menekur melihat anak tangga yang dilaluinya dahulu dengan tersenyum.
  • Biarpun seribu kapal tenggelam di lautan. Namun, cita-cita manusia tidak pernah terpadam.
  • Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan; dan kalau sentiasa manis, hati akan menjadi bosan.
  • Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar , maka karamlah ia digulung  oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi.

Source: 123rf.com
  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
  • Air mata itu berasa masin kerana air mata adalah garam kehidupan. 

Source: steemit.com

Setakat dulu pengkongsian aku mengenai kata-kata hikmah Buya Hamka.
Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripada sasterawan Indonesia ini dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment