Thursday, April 23, 2020

Fishy Business


Moh Mengail Yeop


kolam joned yang sinonim dengan talapia besar

Salam PKP keempat rakan-rakan, untuk entri ke-13 yang tanpa disangka-sangka ini, sukacita saya untuk berkongsikan tentang hobi memancing saya. Ya memancing ikan ye, bukan memancing para gadis diluar atau memancing Captain XXX semata-mata mahukan markah lebih yang tak semena-mena tu. Baik seperti semua sedia maklum bahawa tabiat dari segi hobi ini adalah berdasarkan pengalaman hidup sesorang itu. Maka saya telah terjebak dengan hobi murni ini disebabkan oleh ayah saya. WOHA formalnya!!!


Baiklah sebagai seorang lelaki tak janggal lah akan kalau dia minat memancingkan, tapi janggal kalau lelaki tu minat menjahit. Tapi zaman sekarang ni apa-apa hobi pun tak sememstinya mencerminkan jantina seseorang tu kan, even kaum hawa pun ramai je yang minat racing kot. Berbalik kepada hobi saya ni, to be honest saya bukan lah professional atau yang gian memancing tahap extreme, saya bese-bese jerp. Kalau ada peluang tu, saya ikutlah ayah saya memancing.



bersiap-siaga memburu

Sebelum memacing tu eloklah kalau kita buat persiapan dengan menmpelajari dan tahu serba-serbi tenatang ilmu memancing dari segi umpannnya, saiz mata kail, saiz batu ladung juga ladung hidup atau ladung mati, pelampung untuk memancing permukaan, ikatan perambut dan tali yang digunakan juga cari memancing samada biasa atau jigging atau casting. Bergantung mengikut keperluan semasa.

Jom saya bawak ke kolam pancing kegemaran saya iaitu Kolam Joned di Serendah, Rawang. Kolam Joned ni agak ke hulu sikit jadi memang ada feel alam sekitar tu dengan pemandangan banjaran Titiwangsa. Saya ke Kolam Joned ni selalunya hanya semata-mata mahu memancing ikan tilapia untuk dibawa balik masak. Mungkin ada sesetengah orang yang mempertikaikan tentang kebersihan ikan kolam ni kan, tapi saya dah perhati bahawa ikan-ikan di kola mini diberi dari sumber yang bersih bukanlah dedak semata. Selalunya saya pakai umpan pallet ikan tu je, tapi kalau nak pakai cacing atau cengkerik pun boleh juga atau apa sahaja dedak yang anda mahu. Bila baling joran je fuhh, tak menang tangan nak kail ikan tu, ade je yang memakan. Memang layan habislah. Ada satu kali tu saya saja guna umpan roti yang digumpal, dengan tiba-tiba je seekor ikan keli afrika sepanjang 3 kaki dengan lebar hampir seperti peha seorang dewasa telah memakan umpan saya. Walaubagaimanapun, saya tak bawak balik la keli afrika tu, besar amat. Selain Kolam Joned Serendah ni, saya juga ada memancing di sebuah kolam di batu arang. Kat sini takat nak naik patin 9kg tu memang boleh aje. Fuh memang layan ikan tu tarik bagai nak putus tangan seolah nak patah joran tu, hoho.


antara set joran sungai

Disamping kolam pancing, sungai, tasik dan lombong pun seronok juga memancing, memang rasa real hunting berbanding di kolam yang semamangnya ada ikan, tapi bila mengail di kawasan ni, kesabaran itu akan tercabar la juga. Bukan apa kita tengok kawasan yang hendak dipancing tu ade je anak-anak ikan bermain sekitar tu bermakna k Bak kata orang ada anak tentu ada ibu. Di habitat sebegini, umpan yang digunakan haruslah kreatif ye anak-anak. Kadang ada pakai dedak menggunakan ramuan dedak biasa yang boleh dibeli di kedai pancing campur perisa strawberry atau pandan, sedikit tepung dan santau. Hahaha. Kalau nak casting pula, seafdhalnya gunakan umpan yang betul berbanding tiruan. Contohnya katak atau cicak yang betul bukan plastic. Bukan apa kadang ikan ni dia ada sense tersendiri, dia tau betul ke tiruan tu. Cumanya nak mengendalikan katak dan cicak betul ni agak menggelikan la kan.


geng mancing tasik kenyir

saya juga pernah memancing di atas bot atau macam rumah terapung berenjin di Tasik Kenyir, Terengganu. nak masuk ke dalam kawasan memancing tu memang lama dengan kawasan hutannya. cuma apa yang menakjubkan semasa menelusuri tasik buatan manusia ini, suasananya lain sekali seolah berada di kayangan macam cerita china klasik tu, airnya biruu. dalam hutan ni tentulah ada pelbagai hidupan akuatik kan, bukan tu je harimau pun ade, so jagalah keselamatan ye. memancing disini seronok juga. habuan memang alhamdulillah la memuaskan.



8 residents beach


Seterusnya, saya bawa anda ke habitat ikan masin pula, iaitu samudera luas terbentang. Kalau balik kampung saya di Kandang, Melaka, selalunya saya dan keluarga akan memancing di Pantai Padang Temu atau lebih popular lagi dikenali sebagai The 8 Residents. Jujur sebenarnya kalau memancing disini habuannya bukanlah besar pun, sekadar melepas gian menarik kail sahaja. Selalunya pun dapat anak belanak panjang tak sampai setengah tangan. Tapi kalau ikutkan cerita otai-otai disitu, 20 tahun lepas, memang syok memancing sini. Tapi biasalah semakin ditelan kemajuan sesuatu kawasan itu, semakin pupuslah sebahagian hidupannya. Walaubagaimanapun, tak syok la kan kalau sekadar memancing tepi pantai walhal samudera itu luas.



kelong jojo rakit, tg. buai, johore

Ok mari saya bawa anda ke tengah lautan. Saya ingin berkongsikan tentang pengalaman memancing di kelong iaitu rumah terapung. Selalunya kalau di kelong ni habuan dia memang umphh la sebab dah tengah laut kan, jauh dari pukat dan jaring nelayan, cuma pengalaman saya memancing di beberapa kelong tidak membuahkan hasil yang sewajarnya. Sesiapa yang ahli keluarganya minat memancing tetapi sebahagian lagi tidak, mungkin boleh la bercuti semalaman di kelong, buat kaki pancing tu biarkan mereka melepaskan gian, pada yang bukan kaki ngail tu, boleh la duduk bersantai sambil menghirup udara segar laut kan.

Saya ada pengalaman memancing paling seronok dan mencabar di Jeti Pulau Aman, Penang. Memang berbaloi la mengail disitu. Cuaca pada permulaan hari memang cerah dan sesuai untuk memancing. Namun apabila waktu petang, waktu untuk pulang ke tanah besar semenanjung tiba-tiba pula rebut petir dengan membawa badai sekuat force-5 menghentam bot kami yang kecil ni, maunya tak takut. Setakat ini saya belum pernah lagi mencandat sotong, tapi saya berharap suatu hari nanti saya ada peluang untuk memburu sotong laut china selatan ini. juga saya harap agar dapat menakluki ikan-ikan di Boat House, ALAM yang sehingga ada buaya disitu. boathouse mu tunggu aku datang.

sesungguhnya ilmu memancing dan persedian yang kita lakukan sebelum memancing ni hanyalah 20% sahaja, selebihnya bergantung juga pada nasib dan rezeki kan. umpan sama, hasil lain-lain. maka berdoa dan bertawkkal lah untuk hasil yang lumayan. dan kalau dah dapat hasil memancing tu samada ikan tu mencapai target atau tidak, jangan lupa juga mengucap syukur pada Tuhan ye

No comments:

Post a Comment