Tuesday, April 28, 2020

Yogyakoerta


December 2016,

badang dan orang besi di pasar sekaten


Ok aku nak share tentang trip aku ke Yogyakarta, Indonesia. Fyi, walaupun ejaan tempat ni bermula dengan “Y” namun sebenarnya ia disebut sebagai huruf “J”. Maka kita sebut sebagai Jogjakarta. Lebih mesra dipanggil sebagai ‘Jogja”. Walaupun demikian Jogja ni bukanlah terletak di daerah Jakarta ye tetapi di bahagian Jawa Tengah. So bukanlah trip aku ni ke capital of Indonesia Jakarta tu tau. Dari segi geografi jogja ni adalah berbukit juga . ok mari aku bawa korang meneroka ke Kapubaten(wilayah) Yogyakarta ini.


Flight dari Malaysia ke jogja ni mengambil masa kira-kira 1 jam setengah. Tak jauh pun kalau kita travel ikut great circle sebab shortest distance between two points situated on great circle not rhumb line. Wooha dah termasuk navigation pulak oi. Sesampai di sini aku mendarat di lapangan terbang Adi Wijayo Widodo sukarno pak maon. Ianya kelihatan seperti airport kecil je macam pasar borong pun ade. Aku ada kisah menarik semasa check in passport dengan kastam sana. Sebabkan ianya airport kecil  maka hanya ada enam sahaja kaunter cop passport dimana empat kaunter untuk orang asing dan dua lagi untuk warga Indonesia. Wes urang jawe, kalau ngak penuh ilmu didada, ngak sampe ke Gunung Everest. Sebabkan aku bukan orang jawa maka sukar juga nak melepas kastamnya. Boleh pulak masa cek passport tu pak polisi tu cek raba-raba aku, dia ingat aku terrorist ke. Ade Nampak aku ni mencurigakan ke walhal pelancong lain ok je lepas. Wes orang Malaysia pak. Terasa kena perkosa pula. Astaga pak. Disana kami disambut oleh Pak Supir kami bernama joko widono wat duyu du du du. Taklah nama sebenar beliau ialah Dani-Alves kot hahaha. Dulu main bola sekarang dah bersara jadi tour guide je. jk jk.
nelayan di bale kiambang

Kami dibawa menaiki Toyota Avanza. Ok bercakap pasal kereta aku perasan kereta Malaysia ni pun ade menciplak kereta sana. Contohnya kalau kat Malaysia Namanya Proton Ertiga, kat sini Namanya Suzuki Kijang. Waduh! Destinasi pertama kami adalah ke Bale Bengong. Saya ngak mencarut ya. Bale tu maksudnya Rumah Istirahat, restoren la, Bengong tu pulak aku taktau kenapa mungkin owner tu nama Pak Bengong kot. Sedap boh makan sini selepas berjam-jam dari dalam flight dan perjalanan ke sini lagi. Kat jogja ni makanan favourite dorang Gurami iaitu mak mak ikan kaloi dengan tempe favourite aku all the time. Sambal dia pun pergh sedap boh.  Aku ingat orang indo ni makan ayam penyet je haha. Bale ni suasananya sebelah sawah padi. Kalau kat Malaysia, nak bersawah ni mesti ada kawasan yang luas tapi disini, tanah sekankang kera pun boleh bercucuk tanam, maka fahamlah aku ekonomi mereka. Masih ada yang bercucuk tanam untuk sara sendiri macam zaman jepun dulu tu.
water reservoir of gunung sewu
Seterusnya Geopark Gunung Sewu. Ianya water reservoir, apa yang menariknya sebenarnya tadahan air tu dalam kawah bekas gunung berapi. Selain tu takde ape pun. Cuma ade la jumpa sekumpulan cewek SMA disana, so minta dorang tolong amikkan gambar aku sekeluarga. Sebenarnya apa gunanya cewek tapa seorang cowok yang hensem seperti aku kan. Wahaha jk jk.
 
pelakon indonesia terkenal, Mas Qall


Petang tu sepatutnya kami ke Pantai Parangtritis, namun malangnya hari hujan lebat. Maka kami sekadar melewati pantai itu sahaja. Pantai Parantritis ni terkenal dengan mistiknya dimana orang yang nak buang saka, buang sial selalu mengadakan upacara korban disini kerana memoercayai semangat Nyi Roro Kidul iaitu Ratu Laut Selatan yang kuat.

I pening la baby
Next, Wisata Alam Kalibiru. Wisata bermaksud pelancongan manakala alam bermaksud Akademi Laut Malaysia huha. Ok bukan, gurau jerp. Pemandangan disini memang saujana mata memandang. Sesiapa pencinta alam juga photography tu memang sesuai ke sini. Sebenarnya di Kalibiru ni spot yang terbaik untuk bergambar berlatar belakangkan hutan tropika menghijau dan Tasik Uduk. Tasik usuk ni antara punca air terbesar untuk warga jogja ni. Kat sini ade platform di lereng bukit untuk bergambar. Tapi mesti warga net tertanya apa yang gempaknya kan.

terbang atas langit gitu

Yang bumbum pakpak nya bila korang bergambar dari atas platform tu seolah-olah bergambar di puncak gunung lah. Ada banyak platform disini, namun walau hanya sekadar bergambar, tetap dikenakan caj ye.


breezy pine forest

Kemudian, Hutan Pinus. Ianya kawasan hutan pine ala-ala scene Crash Landing On You masa Capt. Ri nak cari Ser-Ri kat villa rahsia Jung Hyun dalam hutan tu. Aku kesini dalam perjalanan selepas pulang dari Kalibiru tu. Kawasan ini tidaklah jauh dari Kalibiru. Cuma keadaan jalan yang sempit dan berliku dan berbukit yang terasa jauh tu. Malangnya masa aku sampai ni, hujan pulak masa tu. Mula-mula agak lebat juga tapi ayah aku minta pada pak supir dani tu untuk tunggu sekejap. Alhamdulillah selepas 10 minit tu, hujan tak lah berhenti tetapi masih renyai-ranyai. Takpelah sebab dah sampai kan redah aje lah alang-alangkan. Memang sejuk macam oversea tu tambahan pula hujan kan. Memang feeling macam winter sonate lah. Walaubagaimanapun kami sekadar bergambar tepi jalan tu je, takdapat nak meneroka lebih tentang keindahan Hutan Pinus ni. Takpelah next time kita pergi lagi ye baby. Btw sebenarnya Malaysia pun ade juga tau hutan pine ni, ia ditanam oleh kerajaan di negeri Pahang tapi dah ditinggalkan.

jeep utk daki merapi

Selepas itu, Gunung Berapi Merapi. Perjalanan ke sini menaiki jeep kerana kereta biasa tak mampu melalui jalan ke gunung ini. Hal ini kerana jalan ke sana amatlah berliku dan tidak rata. Jadi pak supir dani hanya hantar kami sehingga ke kaunter jeep tu sahaja. Kat sini ade 3 jenis pakej trip yang berlainan harga. Yang paling mahal tripnya lama dan pelbagai kawasan diredah termasuklah jalan sungai. Disebabkan masa yang tak mencukupi kami hanya ambil pakej yang biasa sahaja selama empat jam. Tambah pula keadaan cuaca yang seolah mahu hujan kan. Walaupun meaniki jeep tetap bergegar-gegar juga tau. Mau termuntah sesapa yang tak tahan tu.

peninggalan jam, masanya mati saat letusan memakan bumi

First kami ke peninggalan bekas letusan gunung berapi. Ada beberapa rumah yang atap zink nya telah cair sebab muntah gunung berapi tu. Sayu bila terkenangkan mangsa letusan keganasan Gunung Merapi ni. Tiada apa yang tinggal kecuali kenangan. Fyi, di kawasan memang tiada orang yang menetap disini. Seolah Chernobyl, Russia tu. Ditinggalkan dek kerana musibah alam. Kawasan rumah tu pun masih berdebu. 
bunker terbesar berhampiran merapi

sampai di kawasan yang tinggi kami dapat melihat puncak Merapi dengan lebih jelas.terdapat sebuah bunker besar sebagai tempat perlindungan dikenali sebagai Bunker Kaliadem. juga terdapat pelbagai jualan cenderamata seperti baju, keychain dan bunga gunung.
Tour guide jeep tu ada cerita kisah yang memang menyayat hati. Masa letusan tahun 2010 tu, ade sekumpulan orang kampung berlindung dalam sebuah bunker. Nak dijadikan ceritanya, letusan 2010 terlalu dahsyat sehingga mereka yang berlindung dalam bunker tu tidak selamat kerana wap gunung berapi yang terlalu panas. Akhirnya mereka mati terperangkap dalam tu. Aku pun ada perasan beberapa bunker disepanjang jalan ni. Alfatihah(dibaca).


candi borbudur

Ok next, Candi Borobudur. Candi Borobudur ni adalah candi terbesar di dunia. Terletak di Kota Magelang. Aku yang minat sejarah ni, uhukss, memang minat la bila pergi ke tempat-tempat macam ni. Nak masuk ke sini, ada protocol pemakaian bukan sekadar pakai apa sahaja. Jadi mereka yang pakai tidak cukup kain, tidak sopan wajib menyewa kain sarong untuk masuk ke sini. Juga tidak dibenarkan untuk menerbangkan sebarang drone. So korang yang videogenic tu tak boleh la nak buat video bird view ye.
kubah ni namanya stupa didalamnya ada patung buddha


Ok jom kita daki Borobudur ni. Candi ni mempunyai 8 tingkat sesuai dengan ajaran buddha mengenai 8 peringkat kehidupan dimana peringkat Nirvana adalah yang tertinggi sekali. Aku syorkan supaya korang bersiar-siar di tingkat bawah sepenuhnya kemudian barulah beralih ke tingkat seterusnya. hal ini sebab, belbagai relic, manuskrip dan lukisan macam kamasutra boleh dijumpai pada ukiran dinding candi ini yangg merekodkan sejarah dan kisah buddhism.
satu-satunya stupa yang terbuka 

 Walaubagaimanapun, kalau boleh janganlah berseorangan sebab aku sendiri pun terasa seram di tingkat-tingkat bawah memandangkan tumpuan kebanyakan pelancong adalah di tingkat teratas sekali dimana ada banyak stupa dan patung buddha dengan pemandangan dari atas bukit.
bayangkan kalau sorang, seram woo

Habis je pusing sekitar candi kami turun untuk keluar dari kawasan itu. Aku teringat Supir Dani ada berpesan tentang laluan masa pulang tu supaya tak tersangkut di Kawasan penjual jalanan. Malangnya aku keliru jalan mana hendak dilalu, makanya tersesat aku sekeluarga lalu termasuk dalam lembah peniaga yang teralu memaksa pelancong membeli barang dagangan mereka. So nasihat aku, jika kau nampak dorang tetapi tidak berniat langsung membeli, janganlah pandang langsung pun mereka ye. Sebab nanti ramai la menjaja tepi kau secara ekstrem. Last last kau sendiri yang tak selesa. Dan ada jugak yang mengemis, nasihat aku sama gak, walaupun kau berhati sebaik Ebit Liew sekalipun tak payah lah derma pada mereka, demand teruk oo, pastu lepas sekor, sekor lagi datang. Setelah beberapa Ketika sesat di jalanan, alhamdulillah Berjaya jugak keluar. Hek eleh dekat je sebenarnya jalan keluar rupanya.

Seterusnya, Pasar Malam Sekaten. Pasar malam terletak kurang 100m dari hotel penginapan aku sekeluarga. Sebenarnya tiada plan ke pasar ini dalam pakej pelancongan kami. Jadi inesiatif kami sendiri ke sini adalah untuk lebih mengenali norma kehidupan masyrakat jogja disini. Pelbagai makanan yang ada disini namun perlu di titik beratkan soal kehalalan dan kesucian ye. Memang la majoriti rakyat disini beragama islam, namun langkah berhati-hati tetap perlu diutamakan. Apa yang menarik dan hampir sama dengan makanan di Malaysia ialah martabak. Murtabak disini berintikan macam murtabak Malaysia tapi kelihatan seperti apam balik. Nampak tak sekali dua menu terus dia balun campur.
token keraton

Di samping itu, ada keraton atau kita panggil funfair lah. Kalau di Malaysia kita lihat fun fair ni agak hambar dan kurang pengunjung. Namun berbeza di sini kerana funfair seolah liburan utama mereka. Mungkin kerana ianya hiburan yang lebih murah atau mungkin mereka tiada genting highland yang mahal tu. Memang terasa meriah disini. Sampai ade tiga ferris wheel kat sini tau. Lain-lain mainan pun sama seperti Malaysia. Tetapi ada beberapa mainan yang aku pun tak pernah tengok, hmm macam-macam jugak hiburan orang indo ni ye.

pelagak tongstunt dengan dragbike
Ingin aku highlight kan  satu petunjukan tu namanya ‘’Tong Setan’’ atau "Tong Stunt". Ianya adalah seperti drum besar didalamnya ada dua pelagak aksi yang menunggang motosikal berpusing-pusing dalam tong tu. Kiranya seolah dorang melawan hukum gravity lah. Waduh loh newton pun kau lawan ya.
 
bingkai kereta tetapi tiada enjin, hanya dikayuh

Sekitar luar pasar malam Sekaten ni ada sebuah taman di mana ramai warga tempatan berlibur ala-ala Dataran Merdeka malam-malam tu. Ada jugak sepeda(kereta) berhias iaitu kereta yang dihiasi dengan lampu macam beca kat Melaka tu. Aku memang amat syorkan kalau kita ke tempat orang ni, kita perlulah meneroka juga cara kehidupan masyarakat sana, baru lah seronok dan puas semasa melancong atau mengembara. Sementelahan itu, selain Pasar Sekatan, Pasar Malioboro pun famous juga cuma aku tak berkesempatan ke sana kerana jalan terlalu sesak dan masa yang tidak mencukupi.
 
batik jawa
Last sekali aku nak cerita tentang beberapa merchandise popular di jogja ni. First makanan kuih tradisi mereka yang dikenal sebagai “Bakpia”. Basically, dia macam kuih yang dalamnya berinti seperti coklat, durian, kacang merah dan pelbagai lagi perisa. Aku pun tak sure nak describe cane, korang makan lah sendiri.
bakpia patok


 Pastu of course lah kain batik kan. Nak kata lebih murah tu tidaklah, kerana kalau mahu murah memang gred pasar malam je la. Cuma cantiklah sesuai untuk anak-anak hadiahkan kepada para ibu, makcik, awek mahupun scandal. Secara umumnya kalau korang di jalan raya sini, memang sesak dengan ojek(motosikal). Ada banyak kedai helmet dan kedai printing baju. Iklan rokok dan kretek merata-rata, brand Lucky Strike pun ada, tapi SAAT dan DBlend takdelah. Gerai-gerai makan tepi jalan pun banyak dengan jualan Nasgor(nasi goreng), bakso, sio may dan pelbagai lagi lah. Cuma kita sebagai rakyat Malaysia ni eloknya kita restoren aje lah supaya kebersihannya terjamin disamping harganya pun tak mahal pun sama je macam di Malaysia. Sekian dari aku di Kota Jogjakarta ini, semoga kita berjumpa lagi di syurga kelak. Yo apo kena mengena. Ok thanks membaca, wassalam.

 
Supir Dani dan bapakkoe Pak Faizal


No comments:

Post a Comment