Saturday, April 4, 2020

DALGONA COFFEE


   Dalgona coffee adalah menu yang viral pada ketika ini, iaitu pada musim kuarantin corona virus ini. Dalgona coffee mempuyai campuran rasa manis dan pahit serta sedekit rasa lemak susu. Ia agak mudah dibuat dan tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak dan komleps. Anda semua boleh mencubanya sendiri di rumah. 

  Antara bahan yang diperlukan untuk membuat dolgona coffe ini adalah: 
                      1. kopi (kalau tak suka kopi anda bole guna milo dan nescafe)
                      2. gula
                      3. air 
                      4. air batu
                      5. susu


  Ini adalah langkah-langkah untuk membuat dalgona coffe;
     1. campurkan serbuk kopi sebanyak 2 sudu besar beserta 2 sudu besar gula putih
     2. tambahkan sedikit air (2 sudu) ke dalam campuran tersebut.
     3. kacau campuran selama 15-20 minit (anda boleh menggunakan tangan atau mesin)
     4. masukkan air batu dan susu ke dalam cawan
     5. letakkan campuran yang telah dikacau tadi di bahagian atas cawan tersebut
     6. hiasan anda boleh letakkan chip coklat dan straw


    Dah siap!!!!! Anda bole tinggalkan comment mengenai resepi ini di ruangan comment dibawah dan semoga berjaya.


No comments:

Post a Comment