Sunday, March 15, 2020

FAMILY TIME!!


  Ini adalah kali pertama saya share mengenai family saya di blog ini dan saya akan bercerita mengenai percutian kami sekeluarga di Cameroon Highland, Pahang, Malaysia. Kami dah merancang lama untuk bercuti maklumlah semya dah sambung belajar, so cuti semua lain-lain, agak susah juga lah nak dapat tarikh dimana semua ada dirumah.

  Ibu saya yang cadangkan untuk bercuti di Cameroon Highland sebab katanya nak juga rasa suasana yang sejuk di Malaysia ni. Yelah kalau setiap hari menghadap panas penat juga kan so kami pon bersetuju dengan cadangan ibu kami.


  Selain cuaca yang sejuk Cameroon Highland juga mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan bole menghilangkan stress. Tamabahan pula saya memang suka pemandangan di atas gunung sebab saya boleh lihat pemandangan yang sangat luas dan dipenuhi tumbuhan hijau.

   Antara banyak-banyak gambar, gambar ini yang menjadi fav saya kerana pemandangan indah gunung-gunung jelas kelihatan serta senyuman yang terukir di wajah ibu bapa saya sudah cukup untuk menyempurnakan lagi gambar ini.

No comments:

Post a Comment