Assalamualaikum
Dekat Langkawi ada satu pulau namanya Pulau Dayang Bunting
Gunung dia tersusun bagai Dayang yang Bunting
Keluarga aku cadang nk pergi Island Hopping dekat Langkawi ni dan ayah aku pilih untuk pergi ke sini. Bila dah sampai jeti kitaorg di kumpul dulu untuk kira cukup org tk sebelum bertolak. Lepas dh cukup kitaorg dia bawa terus ke pulau tu sambil-sambil tu pemandu tu bagai tau kenapa tempat ni di panggil Dayang bunting.
Lepas semua puas tengak gunung tu dia bawak pegi pulau yanng terdekat untuk semua org santai dekat pantai ni. Dekat sini ada satu kedai and tandas jadi senang la kalau nk berkelah atau apa-apa. Pantai ni pon cantik juga dengan air dia yang jernih tapi kebiruan tambah dengan angin dia yang nyaman. dekat sini dia bagi kitaorg masa dalam dua jam lebih untuk santai-santai dekat sini and overall tempat ni nice untuk lepak.
Bila time habis, dia bawak kitaorg terus ke pulau Dayang Bunting tu. Dekat sini ada banyak bende bole buat tapi keluarga kitaorg nk pergi jalan dekat tasik dia. Nak ke sana kitaorg kene jalan dekat kawasan yang berbukit sikit tapi ada tangga dh di buat.
Dekat sini ada tasik yang korang bole mandi dengan main bot yang kene kayuh tu sekali. Tapi kalau nak mandi atau bawak bot tu korang kene bayar sebab kat sini tasik yang di jaga sebab tu ada platform ni semua. Tasik dia besar and lawa kalau nakk amik gamba. Bagi aku tempat best sebab ada aktiviti bole buat bukan tempat sightseeing. Overall would recommend and come again.
No comments:
Post a Comment