Friday, March 20, 2020

Haramain 1


KOTA BERCAHAYA
Pt.1

Madinah, April 2019,
tiket dunia bisa hantar ke surga
the view below was like going to Mars


Bismillahi Rahmani Rahim,

Bermegah kaki melangkah dunia,
Mungkin sudah lupa pada pencipta,
Dialah Tuhan besar yang lagi Maha Esa,
Tidakkah kau tahu akan dunia ini hanya sementara,
Lalu mengapa terpedaya dengan ajakan keji nista?

Tuhan, terbangkanlah aku ke kota bercahaya,
Bertemu kekasihmu, Ahmad, nabi tercinta,
Mengangkat cahaya di celah kota berdebu,
Merentasi tanah tandus demi daulah agamamu.









Alhamdulillah bertemu lagi kita anak-anak, untuk entri ana kali ini, ana akan berceritakan tentang pengalaman seketul hamba ini menunaikan ibadah umrah. Sebenarnya dah 18 kali ana nak tulis entri ni,tapi ana tangguh dulu, tapi kali ke-19, subhanallah, aura dia masyallah, lain macem. OK ok aku bukan Dai’ Farhan. kang kalau aku jadi dai’, dai’ propa adalah… astargfirullah.

sebelum bercerita panjang, jom aku share satu hadis tentang advantage ziarah ke Masjid Nabawi, Madinah

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
Shalat di masjidku ini lebih baik dari seribu shalat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.” (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394).

Orait gais, kalau pegi Madinah ni ofc la bukan nak pegi holiday kan, mesti mood ibadah, tapi aku nak cerita serba sedikit apa yang aku belajar dan highlight tempat-tempat yang aku ziarah.
Kita mula sebelum hari kejadian, kalau korang pegi umrah, biasanya agensi korang tu akan buat kelas tutorial tentang persiapan untuk kesana. Ustaz tutorial tu akan ajar segalanya yang kau perlu tahu sebagai persiapan untuk jadi tetamu Allah. So masa ni kau tanyalah sebanyak manapun persoalan yang bersarang dalam kepala otak kau supaya tak jadi khilaf kat sana nanti. Juga kau bagitau la sedara-mara, keluarga tentang keberangkatan kau ni, pohon maaf bebanyak dan selesaikan hutang kau sebelum berangkat. Insyallah dipermudahkan urusan ibadah. Aku sarankan kalau korang bawak kasut sekali so takde la sakit kaki jalan-jalan kat sana kan.


bless us all today and in the days to come






Kemudian masa nak packing barang tu, aku sebagai lelaki aku rasa tak payah bawak banyak sangat kot pakaian, sebab kau akan spend jugak masa kat Madinah untuk beli jubah-jubah yang harganya lagi murah berbanding Malaysia. Sebelum flight ni better untuk pecahkan wang riyal banyak-banyak supaya kat sana nanti boleh duk bagi kat sesapa buat sedekah. Jangan lupa bawak spray air untuk amik wudhu.








Ok masa nak flight sebelum tu periksa semula dokumen-dokumen peting, passport, bagasi dll. Flight mengambil masa dalam 8jam. Pishang mat panas punggung. Walaubagaimanapun flight aku naik tu ade tv kat seat dia, so ade la movie lagu yang boleh menemani sepanjang perjalanan, alhamdulillah aku sempat tengok banyak movie seperti the nuns dan harry potter. Oiii ni nak umrah ke apa. Hehe so aku nasihatkan korang bukak la quran dalam perjalanan tu sebab ada je playlist quran kat tv tu, pahala pun dapat kan. So untuk solat, aku solat berwudhukan spray yang dibawa kat seat je sebab masa flight tu ade turbulence, so better jangan bergerak dari seat.



medina's sunset. subhanallah

Alhamdulillah, Sampai je airport Madinah,pastu naik bas gerak ke hotel, pastu, takkan tidur ko en.astargfirullah, Tak syok la dah sampai tapi tak solat kat Masjid Nabawi kot. So aku sebagai first timer pegi la jugak ke masjid berpandukan naluri di malam hari tu dengan family aku. Sampai jugak kawasan Masjid Nabawi, alhamdulillah, tapi kitorang taktau nak masuk dalam bangunan masjid tu sebab besar gila macam ada 10 buah ikea depan kau.banyak sangat pintu dan disebabkan kami smapai malam, maka banyak pintu yang dah ditutup. So kitorang solat isyak jap kat ruang luar tu sambil ditiup bayu malam yang sepoi-sepoi bahasa. Woha subahanallah.
So dah sampai Madinah ni, beribadah jela cerita dia. Sama je rutin harian cuma adalah pegi ziarah tempat-tempat historical yang lain. Dalam kawasan Masjid Nabawi ni, tempat yang wajib korang ziarah ialah:
  • ·       Bab-as salam (pintu no.1)
  • ·       Raudhah
  • ·       Makam nabi dan sahabat
  • ·       Perkuburan Baqi

abi wa ummi 
endless pillars inside Masjid Nabawi
























Image result for raudhah medina
raudhah,heaven on earth,full of pilgrims



Nak masuk raudah bukan senang, kena bergasak-gasak sikit la.dimana orang percaya ia adalah sebahagian dari kawasan syurga, Berikut adalah hadis berkenaan Raudhah:

مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ
"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)

Masyallah anak-anak, nda mati lagi tp udah enter ke sorga. Nak masuk raudhah ni senang je, tapi kesabaran yang tinggi kena ada sebab memang sesak duh situ. Ibarat macam kau pegi farmasi tapi ada satu je antidot corona, mestilah orang berpusu-pusu rebut kan. 


Next masa ziarah makam nabi dan sahabat, masyallah jatuh air mata kejantanan, walaupun tidak pernah bersua tapi terasa dekat hati ini. Alhamdullilah  dapat jugak selasaikan objektif primer untuk zirah Madinah ni. Sumpah hati ni tak tau nak kata apa, hanya terucap syukur alhamdulillah je mampu masa tu.

sabda Rasulullah Saw, “Barang siapa berziarah makamku maka patut mendapat syafa’atku” (HR.al-Daruquthni, al-Bazzar, al-Thabrani dan al-Haitsami). 


Bab-As Salam iaitu pintu salam (sejahtera), yang diindekskan sebagai pintu number one bagi Masjid Nabawi ni. Memang cantik subhanallah, ukiran pintu ni seolah macam kau masuk istana. cewahhh

Selain itu, berikut ialah tempat-tempat yang aku ziarah di luar Masjid Nabawi:
"with zikir,sure calm your heart" SAW
  • ·       Masjid Qiblatain
  • ·       Gunung Uhud
  • ·       Bazaar kurma
  • ·       Saqifah Bani Saidah
  • ·       Kawasan sekitar Masjid Nabawi






dibawah naungan payung

Banyak sembang mesti lapar kot.so bercerita pasal makan, kat hotel ni makanan dia ok macam makanan asia tapi tak berapa kampung sangat sebab yang masak tu pak Arab kot. Telan jela asalkan sedap. Tapi sangkaan aku adalah kat  sini mesti la makan makanan sini kan. Ohh baru ingat, hari terakhir aku kat Madinah tu, agensi sediakan nasi lauk untahh (camel) pergh sedap dia tak terkata masyallah. Lagi-lagi bahagian daging unta yang aku dapat tu besaq macam lutut aku. Mencekah darah la aku. Astargfirullah. Hehe. Sepejalanan aku lepas asar tu takde buat ape-ape, kami sekeluarga amik peluang ni untuk jalan-jalan sekita kota Madinah. So ade la singgah kat kedai kedai fast food arab ni yang jual kebab ala-ala KFC dan McD. SEDAP OHH.

the Arab's fast food

Walaupun namanya tanah Arab, tapi wallahi tak macam yang kita anggap arab ni panas kedengkang sebab padang pasir. Sebenarnya suhu Madinah ni lagi friendly dari Malaysia. Suhu dia sedap-sedap je tak panas, dan tak sejuk. Tapi keadaan dia agak kering yang boleh menyebabkan kulit korang turut kering. Kat sini aku sarankan korang pakai lotion ataupun beli je olive oil untuk sapu. Insyallah lembab la kulit korang nanti.
Kat bazaar kurma ni la aku beli olive oil tu, ofc lagi murah dari supermarket kot. In addition, banyak gila kurma yang ada kat sini dan banyak sepsis yang ada. Ada untuk kekuatan batin la, untuk senang dapat anak la, macam macam la petua Pak Arab tu. Korang juga dibenarkan untuk taste sebanyak manapun kurma yang korang nak. Suggestion aku, better beli kurma Ajwa jela sebab kat tempat lain memang lagi mahal. Kurma sepsis lain pun seap gak tapi tak se premium macam ajwa ni la. Ada gak ceklet ceklet paket yang orang selalu beli buat cendera hati tu. Coklat Arab ni bukan memain woo, besau do, masyallah, memang kenyang dan diabetes kalau asik makan jer.



thousands of dates, taste everything you want,halal"

Last sekali kami ke Bir Ali iaitu sejarak 450 km yang ambil masa 5 hingga 6 jam dengan bas dari kota Mekah untuk bermiqat sebelum menunaikan umrah yang menjadi objektif terutama aku jejakkan kaki di Tanah Suci ni.






Moga kita ketemu lagi Madinah. bi iznillah,insyallah…

No comments:

Post a Comment