Gambar candid aku dgn family
Okay untuk enteries pertama aku...aku nak cerita pasal family day aku dengan family aku waktu akhir bulan 12 tahun 2019..nak cerita pasal pengalaman aku kalau....memang tak habis wehh tapi aku bolehlah share sikit apa yang aku lalui waktu family day ni..tengok daripada gambar ni pon dah boleh rasa berapa rapat aku dengan family..gambar acah acah bergaduh ni aku rasa rare antara dengan yang lain sebab waktu kecik kecik dulu aku dengan adik dan abang aku memang fuhh aku takleh bayangkan macam mana mak aku handle kitorang dulu selalu jugaklah kena penampar memang asyik bergaduh lahh bile ingatkan balik aku terbayangkan mak aku haihhh macam manalah dia boleh sabar nak handle kitorang ahahahahahahah.
Jom kita mula dengan pengalaman aku ok waktu hari first memang excited lah aku ikut dengan kakak aku dan suami dia serta anak buah aku yang memang menghiburkan hati tapi sesikit tu ada lah rasa geram sikit sebab kalau nak tidur dalam kereta tu memang tak amanlah yela biaselah kan budak budak...dulu waktu aku kecik kecik aku dengan adik aku selalu jugaklah bising bising dalam kereta lepastu mak aku cakap die rimas aku masatu macam tak faham apa yang rimasnya yela bising sikit jer pon kan tapi bile dah besar ni barulah aku faham memang rimas lah kalau budak budak bising dalam kereta lagi lagi kalau kita dah penatkan ahahahhahhaha okay jauh dah pergi dari tujuan asal nak cerita pasal pengalaman.Okay kalini betul betul kita mula okay.Waktu pagi aku sekeluarga convoy naik 4 buah kerata perjalanan yang ambil masa lebih kurang 5 jam taklah terasa sangat sebab dalam kereta sangat menghiburkan sebab abang aku semua memang pandai buat kelakar bile ingat diorang pon rasa kelakar dan rindu nak jumpa.Kami bertolak dalam pukul 9.00 pagi dan sampai pada waktu zohor macam tu. Setelah tiba kami mencari tempat nak solat dan jumpa lah lepas dah selesai solat kami lunch lah dekat salah satu tempat yang famous lah dekat ipoh ni.Mengikut jadual patutnya kita orang sampai awal lagi tapi biaselah kann.Setelah perut sudah kembung kami pon pergi lah check in dekat rumah yang lama sudah di book.Hari pertama taklah begitu banyak aktiviti sebab masing masing dah penat kan cuma malam tu kami buatlah family game main monopoly lah kad lah semuanya berjalan lancar sebab budak budak atau anak buah aku semua dah tido.Okay aku nak cerita pasal hari kedua pulak sekarang.. pagi pagi mak dengan akak aku dah kejut dah yela sebab nak pergi taman tema air ni best sangat tempat nii banyak benda aku dengan family buat disini nak cerita kalau memang panjang lah...tapi aku nak share jugak sikit salah satu tempat best ialah theme park diaorang banyak lah binatang kita orang jumpa ouhh untuk pengetahuan ade water park dengan theme park dekat sini
Gambar kawasan sekitar LWOT
Ni gambar kawasan sekitar banyak tempat menarik dalam ni seperti mini zoo,rumah hantu,roller coaster,dan ade arcade.Aku mula mula tengok peta ni pon pening jugaklah jadi rambang mata nak pergi mana satu nii tapi akhir sekali semua tempat dapat aku rasa mula mula memang rambang matalah tengok.Yang aku tak lupa pengalaman kat rumah hantu ahahahaahahah semua orang seram masuk dekat situ yang paling tak tahan anak buah aku yang umur 5 tahun macam tu awal awal masuk perhh muka memang beranilah dia cakap macam ni....'adik tak takutlah nak masuk nak lawan dengan hantu tuu'...ahahahaaha tapi bila dah keluar fuhh dia punya nangis tu semua tengok weii aku hanya mampu tergelak bukan anak buah aku jer yang takut akak akak aku pon semua takut lagi lagi masuk dengan abang aku, abang aku bila masuk dia mula lah kacau akak aku macam tarik tarik kaki macam tu akak aku pon selalu lah terjerit jerit.Sememangnya dalam rumah hantu tu memang gelap jadi kita tak nampak sangatlah kalau orang senuth kita ke.Aku rasa hantu tu pon terkejut tengok dorang jerit dalam tu.
Gambar ni tunjuk yang tak ramai orang pun
Kami sampai pagi dan masatu tak ramai oranglah beratur nak beli tiket pon tak payah beratur panjang panjang..okay sekarang cerita bila dah masuk pulak.Aku dengan family aku memang seronok main slide yang ada dekat water park ni,yang paling aku tak boleh lupa waktu naik slide dengan ayah aku yang umur die 56 tahun.Umur yang agak berusia itu tidak menghalang ayah aku untuk naik slide yang bagi aku agak tinggi..masa aku naik dengan ayah aku tu aku yang lagi terkejut daripada ayah aku ayah aku fuhh memang steady lahh.Okay tu waktu naik slide dengan ayah aku ok lagi tau.. bila aku naik slide dengan abang aku sorang ni yang badan die agak besar lah.Best jugak tapi bile naik tu pelampung yang boleh memuatkan dua orang tu terjatuh ahaahhahahahaha bila ingat balik memang rasa kelakar,sebelum nak naik tu lifeguard tu adalah timbang berat kami sebab die tengok macam lebih tapi lepas dah timbang tu dia kasi lepas jela.Tapi alhamdulillah lah takde apa pon jadi semua okay jer.Sememangnya aku sangat gembira bila tengok semua family aku gembira....gembira yang tidak boleh diungkap dengan kata kata.
Gambar di waterpark
Nak dipendekkan cerita dalam jam 8.00 petang macam tu kami pon balik ke rumah dan rehat sebelum menyambung aktiviti pada malam pulak.Waktu malam kami main game kenali pasangan anda memang best lah aku sebagai juri game tersebut yela sebab takde pasangan ann.Okay game dia macam ni setiap pasangan tak boleh tengok jawapan pasangan yang lain lepastu soalan akan diberikan oleh aku dan jawapan pasangan mestilah sama untuk dapat 1 point pasangan yang dapat point paling banyak dikira juara.Juara ialah abang aku yang ketiga dengan pasangan dia hampir semua jawapan sama tau adalah dalam 10 soalan..soalan bukan senang punya susah jugaklah.. ternyata diaorang memang serasi lah.
Tibalah hari terakhir kami di ipoh ini banyak pengalaman yang mewarnai hidup aku waktu kami berada di sini memang happening.'daniel bangun dah pukul berapa dah ni siap siap nak keluar cepat ni pergi mandi lepastu breakfast' suara mak aku membangunkan aku di pagi hari yang agak indah sebab cuacanya agak baik.Aku ni jenis memang susah nak bangun dulu waktu kat sekolah mak aku nak kejutkan aku dia ada 4 step ..first mak aku jerit dari dapur daniel bangun cepat pergi sekolah nanti lambat susah second mak aku akan masuk bilik lepastu gerak gerakkan aku suruh bangun biasanya 2 step yang awal ni tak berjalan ok step ketiga mak aku akan matikan kipas ni cara halus sikit nak suruh aku bangun ok last step mak aku akan panggil ayah aku suruh kejut,ayah aku baru batuk je aku terus dah dalam bilik air untuk mandi belum sempat berkata apa apa,sememangnya aku takut dengan ayah.Balik pada cerita lepas aku bangun mandi dan breakfast kami sekeluarga pon bersiap siap untuk keluar daripada rumah dan balik.
Gambar waktu packing barang nak balik
Aku pon tak sedar bila orang ambik gambar ni.Kami cepat cepat keluar dari rumah sebab owner rumah akan datang untuk kemas kan rumah sebab ada orang nak masuk lepas kami. Setelah semua barang dh disusun oleh abang dan ayah aku kami pon teruskan perjalanan keluar rumah.Ayah aku memang mahir dalam susun barang dalam kereta ni banyak macam mana pon ayah aku boleh masukkan lah...ayah aku memang berbakat sikit banyak benda dia boleh buat.Keluarlah kami di rumah sementara itu, rasa sayu jugaklah sebab banyak kenangan di situ kalau boleh nak stay lama lagi.Sebelum balik kami singgah di restaurant nasi ayam yang agak famous di ipoh.Waktu di warung itu family aku sambut birthday aku.adik aku,dengan mak aku sekali sebab jarak birthday kami tidak jauh beza semuanya dalam bulan 12.Aku pon macam tak sangka lah tiba tiba ade kek dan akhirnya aku sedar mereka nak sambut birthday kami.
Gambar disuap kek
Restaurant tu kat belah atas memang takde orangpun dan belah atas tu luas sikit mujurlah takde orang bolehlah kami buat macam rumah sendiri.Kami memang puas hati makan disini sebab tempatnya bersih dan makan pon sedap.Mak aku sangat happy dan aku memang suka nampak mak aku happy.Lepas selesai makan kami pon pulanglah ke rumah masing masing.Mak aku cadangkan supaya family day ni diadakan setiap tahun, bila semua cuti nanti pakatlah buat family day tapi nak tunggu semua dapat cuti tu bukan senang tau, yela sebab abang aku belayar kapal, akak aku sorang ni pulak duduk dekat switzerland dengan suami dia jadi bila nak kumpulkan semua sekali tu agak susah lah.Perjalanan pulang memang agak sayu diiringi dengan hujan yela sebab kena sambung hidup seperti biase tapi di samping sayu itu ada pengalaman gembira yang tidak dapat dilupakan.
Sampai di sini sajalah cerita aku untuk entries pertama inshallah enteries kedua coming soon.Harap sapa yang visit blog ni bacalah sampai habis yer yela sebab bukan senang aku nak berkarya ni,sapa yang baca sampai habis tu terima kasih lah eaa sebab setia dengar cerita aku dengan family ku ini.Sekian daripada saya.
No comments:
Post a Comment