|
hari pertama training |
Ini adalah gambar hari pertama saya turun training dragon boat. Saya ingatkan training dragon boat ni takde lah penat sangat tapi saya salah. Baru hari pertama saya turun dah sakit bahu, pinggang dan badan saya, itu pun baru kayuh diatas darat belum dalam air lagi. Kitorang dilatih orang Abang Anas, Jj Zanggi, Sir Syafiq serta senior.
|
fitness |
Selain berlatih berkayuh kitorang juga menambah stamina dan kekuatan fizikal dengan melakukan fitness. Kalau tadi saya cakap yang kayuh atas darat penat, fitness ni dua kali ganda penatnya. Tapi kitorang diingatkan yang mental boleh atasi fizikal kita, maksudnya kalau kita penat manapun kita jangan biarkan mental kita koyak sebab kalau mental kita koyak kita akan cepat penat dan senang untuk mengalah.
|
training di laut |
Seterusnya saya akan ceritakan semasa saya training di laut pula. Training di laut adalah sesi latihan yang sangat saya suka walaupun ia sangat memenatkan. Gambar kat atas tu menunjukkan betapa jauhnya kitorang kayuh. Bunga Mas 6!!!!! Kami kayuh dari Boat House sampai ke Kapal Bunga Mas 6 ni TANPA HENTI. Penatnya hanya orang kat atas bot je yang tahu. Jika Jj lihat kami seperti sudah penat kayuh, dia akan bagi kata-kata semangat kepada kami supaya kami tidak 'menuang' di atas bot. Sampai di Bunga Mas 6 ni adalah pencapaian pertama saya semasa kayuh dragon boat.
|
gambar bersama Jj Zanggi |
Ni pula gambar semua peserta dragon boat bersama ayahanda kami, Jj Zanggi. Kami semua menganggap Jj Zanggi seperti 'bapa' kami sendiri kerana dia lah orang yang latih kami serta orang yang paling rapat dengan kami semasa training dragon boat. Gambar ini diambil selepas selesai sahaja training, walaupun kami semua penat kamu semua tetap boleh senyum dengan gembiranya. Inilah salah satu ilmu yang saya dapat di boat house ini, walaupun anda sakit atau penat janganlah tunjuk sebab itu akan melemahkan diri anda sebaliknya anda kene lawan dengan senyuman ataupun gelak tawa.
|
cooling down/warming up |
Sebelum dan selepas training kami akan lakukan sedikit senaman iaitu warming up dan cooling down bagi mengelakan kami daripada menerima kekejangan otot. Selalunya kami akan lakukan bersama-sama bagi mengeratkan lagi hubungan antara kami semua.
No comments:
Post a Comment