MEMOIR YANG KU TINGGALKAN
November,
2016
Buat
sahabat seperjuangan di SAMER dahulu, ku nukilkan cakna berisi puisi. Moga ada
hari kita kan ketemu lagi.
friendodido |
class of 2014, form 1 |
Oh!
sahabat,
Tersemai
seribu memori bersama,
Memori yang
kukuh tersemat dikalbu,
Yang takkan
runtuh biar diuji selalu,
Biar datang
duga beribu,
Kita kan
tetap bersatu dan bersekutu,
Kerana
bersekutu bertambah mutu.
haiqarlah, Nov 16
sambutan raya 2015 |
Oh! sahabat sejati,
Takkan luput dihati,
Kerana kenangan kita kukuh abadi,
Oh! sahabat berjasa,
Kau menjadi teman sentiasa,
Tatkala suka mahupun lara,
Riang ketawa kita kongsi bersama,
Diakhir tahun ini,
Pasti ada yang meninggalkan kami,
Demi mengejar cita murni.
haiqarlah, Nov 16
Sesungguhnya
masa tidak mengejar kita,
Bahkan kita
yang terkejar dek masa,
Namun, masa
itu ternyata saksi buat seribu cerita,
Yang
menjadi memori buat tatapan semua,
Manisnya
bila ada mereka,
Eh! Terlupa
pula masa yang ada meninggalkan kita,
Ah!
Biarkan, biarkan masa yang berbaki kita bina kisah bersama,
Selama mana
masih bersua, cerialah semua,
Yang masih tersenyum
mesra,
Disaat ada
yang mengguris hati hingga luka,
Juga pada
yang setia setiap ketika,
Menjadi
peneman dikala luka,
Yang marah
tanpa sengaja,
Dan
pastinya tersuka tanpa sengaja,
Demi
membentuk generasi berjaya.
Guru,
Insan yang
tak bias ku lupakan,
Akan segala
jasa dan pengorbanan,
Yang
tiadanya tolok bandingan,
Dan aku,
Berdiri di
sini bukan hendak menyanyikan lagu,
Cuma mahu
menghadapi mu,
Seiiring
longgokkan kata maaf beribu,
Memohon
redepi restu ilmu,
Berserta
adunan rapi seorang guru,
Agar kami
terus berusaha tanpa jemu,
Agar kami
terus langkah menuju maju,
Buat mereka
penyeri cerita,
Rakan
sepermainan,
Teman
seperbualan,
Kata goyah,
rebah, patah, rapuh,
Semua kita
pendam bersama,
Mana yang
pahit diduga,habis kita padam,
Lansung bangkit
dan senyum lagi,
Siapa
mereka mahu musnahkan kita,
Sedangkan
tali ukhwah 31st Ummah itu milik kita,
Milik kita
selamanya,
Jujurnya,
Niat dihati
mahu kekal lama,
UPSR 2013 |
Mahu putar
episode lalu,
Mahu undur
detik dahulu,
Tak mahu
masa berlalu,
Namun,
Takdir dan
waktu membuka sanubari kita,
Untuk
terima kata yang nyata,
Bahawa
cerita lima belas tahun tamat sampai disini sahaja,
Dan
disinilah momento tercipta,
Terima
kasih guru,
Terima
kasih rakan,
Terima
kasih atas segala memori kita.
Aurabintang,
Port Dickson, November 2016
hak cipta terpelihara.
No comments:
Post a Comment