Tuesday, March 24, 2020

Visit Kedah ( part 2)


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hopefully, semua dalam keadaan yang sihat dan dan sentiasa dalam linkungan rahmat tuhan. So, hari ni aku nak sambung cita pasal tempat menarik yang ada dekat Kedah. Kalau sebelum ni aku cita pasal Pantai Merdeka, tapi untuk kali ini kita explore pula Gunung Jerai.

Source: freemalaysiatoday.com

Source: freemalaysiatoday.com

Gunung Jerai merupakan gunung yang terletak diantara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Ketinggian gunung ini ialah 986m dari paras laut dan merupakan antara tempat tarikan pelancong disebabkan pemandangannya yang menjanjikan keindahan alam semula jadi. Bendang atau sawah yang terbentang luas dapat dilihat daripada puncak bukit ini.

Source: booking.com
Source: harianmetro

Untuk ke Gunung Jerai terdapat dua laluan yang boleh digunakan. Para pengunjung boleh menggunakan jalan yang disediakan untuk naik ke puncak gunung tersebut menggunakan kenderaan. Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti luar, mereka boleh mendaki Gunung Jerai dengan menggunakan  Tangga Kenari 1,000 tahun yang terletak di Hutan Lipur Titi Hayun. Tangga ini  mempunyai 1,342 anak tangga yang menghubungkan kaki gunung sehingga puncak gunung. 


Source: SejarahMY

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Gunung Jerai ni. Aku selalu mai Gunung Jerai untuk joging dan menikmati flora dan fauna yang ada atas puncak gunung ni. Udara pagi dekat sini memang segar dan boleh menghilangkan stress. So, untuk sesiapa yang suka mendaki gunung boleh lah datang ke Gunung Jerai untuk merasai sendiri pengalaman berharga di sini.

No comments:

Post a Comment