Sunday, March 15, 2020

Ke Makam Hati

2016,RAWANG,


    APA MAHUKU?

Sebenarnya hati ini sudah lahir rasa,
Rasa sesuatu yang sukar ku ungkap dengan kata,
Padaku ini maknanya cinta,
Namun tiada ku endah kerana ini mungkin dusta,
Sungguh tidak mampu ku luahkan segala,
Aku seorang pelajar agama,
Kononnya harapan nusa bangsa,
Sentiasa diasuh erti ikhtilat jauhi nista,
Entah, rasa mahu dekat, namun malu hendak kata,
Mungkin juga sebab dibisik ayat larangan Sang Pencipta,
Bahwa ini semua duka dunia semata,
Mungkin sampai disini sahaja kisah kita,
Kisah yang hanya aku yang rasa,
Apakah kau juga tertanya?
Biarlah ku pendam cinta,
Biarla sedekat lama mahupun berganti era,
Moga tak lama nanti kita kan bersua. 

PROKLAMASI       

Ku lihat dirimu,
Ku rasa yang sama,
Minatmu jua minatku,
Mahirmu jua mahirku,
Aku rasa kita tiada yang beda,
Adakah ini suatu petanda?
Yang kau kan jadi milikku?
Sungguh tiada jawapan untuk itu,
Apabila datangnya si dia,
si angkara durjana,
Habis rosak impian yang dibina,
Hingga tiada secebis pun tinggal melata,
Dia sang pendusta,
Penuh helah tiada terjangka,
Usah kau termakan tipu daya,
Kasihku ini tulus,helahnya itu halus,
Namun tetap jua kau bersamanya,
Bergelumang jerat penuh nista,
Dan aku tingal seorang disini lagi berduka,
Doa ku buatmu moga kau bahagia.






 JARAK

Bila seinci dekat,
Masing-masing menyingga,
Dihembur madah kelat,
Hingga rongga tegak semua,

Tapi bila sejauh jarak angin timur dan barat,
Mulut terkumat-kamit bedal rindu,
Menampar dada sakit bukan keparat,
Barulah tahu sakit cinta itu terlalu berat,

Awak,
Pulanglah cepat,
Disini rindu.








MAHKOTA CINTA      

Ladang kita air mengalir segala liku,
Tanaman subur menghijau dan rumput-rumput baldu,
Matanya bintang, tangisnya lagu, gemersiknya syahdu,
Membawa khabar mesra salam dari ibu.

Kucintai tanah ini kerana kami disini,
Rumah kecil tapi didirikan oleh lelaki,
Teguh dan keramat seperti gunung besi,
Ladang tercinta kubenam hati disini.

Tumbuh segala kasih berbuah segala bunga,
Ladang comel sekarang milik kita,
Lahirnya manusia baru sudah bernama,
Setia, kasih putera mahkota cinta
                                 
Usman Awang



DOA AKHIR

Berdebar jantung tatkala detik akhir ini,
Melihat kau bertakhta di pelamin sehari,
Bukan dengan ku tetapi kasih yang kau pilih,
Berarti khabar mu tiada lagi disisi.

Perit namun itulah takdir,
Tiada termampu mengubahnya,
Hanya mampu menongkahnya.

Bila nanti fajar hidup mu berseri,
Kenang-kenangkan ku yang rindu menanti.
Kurelakan jiwa pergi bersama diriku yang mati.

Sampai disini saja rasa bertaut,
Bersama hati kosong mati terdampar,
Mengisi kamar kosong yang sepi,
Doaku buatmu seperti untuk sanubari ku sendiri,
Pergilah kekasih bersama takdir.
Tinggal lah aku disini, 
Ke makam hati.



                                                         



No comments:

Post a Comment