Wednesday, March 25, 2020

Haramain 2

TANAH HARAM

Bismillahi rahmani rahim,

Awal mula pertama mula bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, aku akan beri link tentang ibadah umrah daripada Pejabat Mufti Melaka http://www.muftimelaka.gov.my/haji sebagai panduan. In Sha Allah.

Mecca from bird eye, still in further construction


Alhamdulillah bersambung kita kembali dalam slot Haramain kedua, maka ana akan berkongsikan tentang bumi Mekah Al-Mukarramah(mulia). ok kenapa tajuk blog ni Tanah Haram sedangkan Mekah bukan ke tempat ibadah? Hal ini kerana "haram" di sini bermaksud terlarang dari melakukan keburukan bagi menjaga kesucian tanah ini.

Dari keterangan di atas, kita bisa memahami makna dari istilah tanah haram. Dia disebut tanah haram, karena ada banyak aturan yang tidak boleh dilanggar.
Dalam al-Misbah al-Munir dinyatakan,
والبلد الحرام أي لا يحل انتهاكه
“Tanah haram, artinya tanah yang tidak halal untuk dilanggar.” (al-Misbah al-Munir, 2/357)
Ini sesuai dengan firman Allah,
إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekkah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri” (QS. An-Naml: 91)
Ok, berikut adalah contoh probihition yang di highlightkan oleh Rasulullah SAW:
Dalam hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan rahasia penamaan Mekah dengan tanah haram,
إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، فَهْوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، وَإِنَّهُ لَمْ يَحِلَّ الْقِتَالُ فِيهِ لأَحَدٍ قَبْلِى ، وَلَمْ يَحِلَّ لِى إِلاَّ سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ
“Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Dia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari Kiamat. Belum pernah Allah halalkan berperang di dalamnya, sebelumku. Dan Allah tidak halalkan bagiku untuk memerangi penduduknya, kecuali beberapa saat di waktu siang (ketika Fathu Mekah).
Selanjutnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan hukum yang berlaku, sebagai konsekuensi Allah jadikan tanah ini sebagai kota haram. Beliau bersabda,
فَهْوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ؛ لاَ يُعْضَدُ شَوْكُهُ ، وَلاَ يُنَفَّرُ صَيْدُهُ ، وَلاَ يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلاَّ مَنْ عَرَّفَهَا ، وَلاَ يُخْتَلَى خَلاَهُ
Dia haram dengan kemuliaan yang Allah berikan, sampai hari kiamat.  Tidak boleh dipatahkan ranting pohon-nya, tidak boleh diburu hewannya, tidak boleh diambil barang hilangnya, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh dicabut rerumputan hijaunya. (HR. Bukhari  3189 & Muslim 3289)
 kaabah with zam-zam tower behind

Seterusnya, adalah sambungan daripada Bir Ali, Medina. so sape yang tak baca lagi Haramain 1, boleh baca dulu, terima kasih. Di Bir Ali, kami dah start berihram, maksudnya kami engaged in pilgrimage which require us to follow the Umrah rules. macam COLREGS pulak, tapi ya memamg regulation, yang Tuhan buat. Antara regulations ialah merangkumi aspects:


  • Pakaian
  • Wangian
  • Kecantikan
  • Alam sekitar
  • Hubungan kelamin 


✤Nak terangkan semua kang panjang sangat, so aku ade tinggalkan info from wiki yang korang       boleh baca nanti   https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_yang_dilarang_dalam_Ihram


Kami sampai di Kota Mekah malam dah tengah malam jugak lah, kalau ikutkan mata memang tak larat dah, tapi sebab dah dalam ihram, maka kita perlu teruskan buat umrah. Jom aku terangakan ape itu Umrah ni. Untuk buat suatu kerja tu, kita kena ikut SOP so sama juga la dengan pekerjaan umrah ni.

Rukun Umrah ada 5 iaitu:


  1. Berniat ihram umrah
  2. Tawaf Kaabah 7 pusingan
  3. Sai'e anatar bukit Safa dan Marwah 7 pusingan
  4. Bergunting/bercukur
  5. Tertib

http://pakej-umrah-dan-haji.blogspot.com/p/umrah-rukun-umrah.html blog yang aku kepilkan ni ade huraian tentang rukun-rukun/SOP umrah ini.

Meh aku share SOP umrah secara visual gambar:

1. Berniat ihram . Disebabkan ianya niat, so takde la gambaar, takkan aku nak microscope hati aku pulak kan. Tapi aku ade gambar tempat aku start niat ihram ni di Bir Ali dan sekali dengan pakaian ihram (yang baju balut badan macam The Bigshow or ancient greece male robe tu.)
Bir Ali mosque, such an oasis in middle of  the dessert


proper way of ihram cloth for male














2. Tawaf 7 kali pusingan mengelilingi Kaabah in anti-clockwise direction, the natural revolution direction of universe even our solar system too. sambil buat tawaf ni, kau bolehla doa apa-apa. sampai kat satu edge of Kaaba iaitu penjuru hajarul aswad, kau kena angkat tangan seolah-olah melambai sebagai tanda mencium Hajarul Aswad tu. Ni link tentang apa itu Hajarul Aswad https://en.wikipedia.org/wiki/Black_Stone  btw inilah rukun yang bila sebut pasal umrah je, orang akan terbayangkan pusing Kaabah 7 kali. Mesti pernah terfikirkan kalau tawaf tu kan berkaki ayam, tak panas ke, actually tidak sebab marmar tiles Masjidil Haram ni sejuk.

tawaf direction explaination


3. Saie antara Safa dan Marwah iaitu berjalan ulang-alik antara bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali, maksudnya start dari Safa ke Marwah satu, patah balik maksudnya round kedua, ulangla sampai 7 kali. Simbolikya ritual ni adalah sempena memperingati kisah tentang Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim) yang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail. Jarak dari Safa ke Marwah approximately 420m so darab 7 kali rounds so total 2.9km. Banyak bakar kalori oo. So yang mana In Sha Allah akan menunaikan ibadah umrah to kena maintain fitness tau. Bukit-bukit ni sebenarnya bersebelahan je dan masih dalam kawasan Masjidil Haram. Masa tengah-tengah jalan tu akan ada kawasan berlampu hijau yang menandakan sunnah (better) for male pilgrims to jog. Mesti woder ramai-ramai kat hall Saie tu tak panas ke, hooho, feeling dia sejuk oo macam jog awal pagi yang berkabus.
rough sketch of saie path

such a big long hall with crowd of pilgrims
4. Bercukur/bertahlul iaitu mencukur rambut atau potong rambut sabagai tanda kita dah habis buat umrah dan keluar dari pantang larang ihram macam aku ceritakan di atas tadi. Means kau dah boleh break regulation (SOP) tapi jangan lah buat benda jahat dan kotor pulak. Sebab tu la kita akan nampak orang (lelaki) yang baru balik umrah ni botak je semua.

successfully clean shave after completing RUKUN UMRAH 
5. Tertib mean arrangment, iaitu buat rukun tu ikut urutan, bukan scrabble up ritual yang ditunaikan. Ini lah keindahan yang diajar dalam Agama  (Halwatul Iman, kemanisan iman) iaitu tertib yang memfokuskan seseorang itu untuk follow the order dan melatih diri lebih disiplin. Kalau semua follow the Rules kan kemas je kerja and everything will flow neatly.

The Mecca Museum
Ok, itu la sedikit perkongsian ibadat Umrah secara ringkas. Next aku nak cerita pengalaman lain pulak. Nak cerita tentang Al-Zaher Palace Museum iaitu muzium Mekah. First impression kau dekat front gate muzium ni, kau akan rasa macam pergi hotel ala-ala raja arab tu, nama pun Palace kan. Dalam ni pelbagai artifak bersejar dan informasi tentang bumi Mekah.

first photo by taken by camera of Al-Haram,1800's

well of Zam-Zam alakazam




Seterusnya, tentang persekitaran, jujur aku kata beza perasaan kau bila ke kawasan Medina dengan Mekah, Mediana has arranged architecture and clean environment compared to Mecaa. Mekah kotanya agak serabut dan sesak. Walaubagaimanapun ini bukan sebab agama ke ape, tapi sebab sikap orang tu sendiri yang tak jaga kebersihan, lagi pun Mekah didatangi pegunjung dari serata dunia, so pelbagai jenis la ragam yang ada. Lagipun agama itu sendir yang menuntut pengamalnya untuk menjaga kebersihan sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW:

Kebersihan itu sebahagian dari iman 
(النظافة من الايمان)


Juga firman Allah tentang kebersihan, kekemasan dan kesucian diri:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ ، فَنَظِّفُوا ، أُرَاهُ قَالَ ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ
MaksudnyaSesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah: 222)

 fruity shake

Pasal makan pulak, banyak kedai sekitar kawasan Masjidil Haram diamana pelbagai cuisine kau nak makan pun ade. Nak minum menge"teh" pagi-pagi pun boleh sebab ade kedai Malaysia yang dikelolai oleh syarikat D'Saji. Nak makan western ke asian ke indian ke, semua ada. oh h aku ade satu cerita, masa tu aku nak order fish fillet, so aku speaking la kat cashier Arab tu, boleh pulak dia balas dalam Bahasa Melayu. ayoo hahaaha. masa tu berlaku lah kelas Bahasa Arab singkat yang diajar oleh cashier arab tu. Apa aku nak kata kat sini dari segi komunikasi, jangan risau sebab kat Mekah dan Madinah ni memang kebanyakan rakyat dorang yang kerja dalam sektor pelancongan ni reti cakap Bahasa Melayu.
Maka sampai disini saja lah perkongsian ana. Ana doakan ente juga dapat menunaikan ibadat umrah dan haji inshAllah di masa terdekat ini. Berniat lah dari sekarang dan jangan tunggu sampai seru.

moga kita ketemu lagi Haramain



No comments:

Post a Comment