Thursday, March 12, 2020

ALAM'S Food Hunting

ALAM'S FOOD HUNTING


makan makan dan makan

 Bila cakap pasal makanan je mesti korang semua lapar kan. HAHA dah agak,sama la kita ,lagi-lagi kat tempat  ni yang jauh dari pembanguna bandar. Tak macam Universiti lain ade pasar malam dan pekan pun tak berapa jauh sangat. Tapi takpelah redho je lah kan.

Ok gais back to topic,walaupun kita kekurangan sumber makanan yang pelbagai jenis seperti tempat lain tu. Tapi kita masih ade macam-macam makanan yang aku kira membangakan la jugak walaupun ALAM ni agak pedalaman sikit.

Image result for gambar maggi

First thing first, makanan ruji yang menjadi bukan sekadar mengalas perut tapi mengenyangkan para pelajar. Of course that thing is INSTANT NOODLE!! Kat ALAM ni ni pelbagai variasi mee segera yang dijual, daripada maggi sampai la ramen Korea tu. Nak dijadikan cerita memang maggi ni la penyelamat perut, tamabahan pulak masa kau tengah pokai duk tengah bulan menunggu next elaun.Ni aku sharekan korang insant noodles yang selalu dijual di ALAM; 

Image result for ramen samyang list
instant noodles bangsawan
  • Maggi Kari
  • Maggi Tomyam 
  • Maggi Ayam
  • Maggi Siam jenama Saree mee
  • Ramen biasa
  • Topokki
  • Carbonara
  • 2kali pedas





Ada jugak maggi perisa lain-lain macam maggi itik, tapi rare la nak dapat. Macam aku sendiri pun ada je stok maggi sup berempah, mee Ruski, mee PAMA, tapi aku tak jual la.

Selain maggi idaman ramai,aku nak cakap pasal burger, kat ALAM ni ramai seller burger tapi bukan dorang yang masak la. So kalau burger tu sedap tak boleh la nak puji penjual tu lebih-lebih. Nurger ayam dan daging tu of course wajib ada. Tapi ape yang rare ialah burger AYAM CHEESE MELELEH. Memang aku boleh kata ayam dia besar macam ayam bahagian dada KFC tu dan cheese dia pun perghh.
 contoh menu talam


Di samping itu, mesti korang tertanyakan takde ke makanan yang hippies, trendy macam yang viral kat luar kan. Haa ni yang hebat tu, kat ALAM ni ade sorang kadet yang bijaksana buat business Food Box Delivery iaitu makanan yang berkonsepkan grilled, steaks, dan talam. Ni memang sedap. So yang berduit lebih dan kaya tu apa salahnya beli sekali-sekala makanan ni di samping support member kan. Memang berbaloi dan rugi kalau sekadar tengok je tau. Bawah ni aku highlight kan jenis-jenis menu yang ada;

businessman berjaya
  • Grilled chicken  with coleslaw and mashed potato
  • Lamb steaks
  • Ayam KPOP ketagih dengan ramen (memang kpop)
  • Cheesy Lasagna
  • Meatballs (ala-ala IKEA,tapi makan kat cabin jela)








In addition, ada jugak cafe yang menyajikan makanan pada harga yang berbaloi macam kantin sekolah. So far menu dia okey sesuai dengan harga. Cafe ni memang penyelamat  la kalau korang terlepas masa makan kat galley atau korang pakai pakaian coverall (macam jumping suit pomen pakai tu) Apa yang best kat cafe ALAM ni,kau rasa macam kat kantin tapji ber scenary kan laut dan angin yang sepoi-sepoi bahasa gichuw. Memang syok woo lagi-lagi kalau minum petang sambil makan kuih.

menu special hari Jumaat (baru semangat pergi galley)

Lastly, tidak dilupa pada Galley (Dewan Makan). Apa yang aku musykil dengan Galley ni, menu dia kadang ok kadang erm,faham-faham la. Ada satu lauk tu nama dia ayam Chicago, aku pun tak tahu sebenarnya nak kata sedap ke tak sebab rasa dia pun tak tahu nak describe. Cuma yang best Galley ni masa lunch hari Jumaat memang akan disediakan menu yang special seperti nasi minyak, nasi hujan panas berlaukkan ayam tomato, gulai kambing, dan banyak lagi yang sumpah memang sedap.


susu nilofa pun ada dijual



No comments:

Post a Comment