Friday, March 20, 2020

anak ikan hott

     


AQUARIUM MAN

Aquarium man? Ke aquaman? Jangan pening-pening sebab apa yang aku nak share ni ada kena mengena dengan “Aqua life” tapi bukan Aquaria kat KL tu ye. OK aku ni sebenarnya tak berapa minat mana pun dengan binatang ni terutamanya ikan, bukan boleh dibuat belai-belai pun natang tu, lainlah kucing ker kan. Tapi mungkin sebab minat ayah aku pada hidupan ikan ni yang turut mengheret aku ke lembah Aquaman ni.

situated beside tv, probably the second tv

Cerita masa kanak-kanak

Ok masa kecik dulu, ayah aku ada bina sendiri kolam ala-ala Zen Garden kat balkoni luar rumah aku tu, seingat aku ayah aku bela ikan kap konon-kononnya maca mikan koi jepun tu tapi ikan koi mahal oo, so bolelah ikan kap pun. Tapi kolam tu tak lama pun, rasanya sampai aku darjah lima kot, ayah aku pecahkan sebab nak renovate balkoni rumah. Aku punya nakal masa kecik tu, aku pernah letak shampoo dalam kolam tu atas alasan nak ikan tu mandi. Memang kena marah la cerita dia. Selain itu, ayah aku ada gak bela ikan arowana yang dibeli rm70 daripada saiz dia 4cm sampai la hampir 2kaki dimana sisik dia sebesar duit syiling 20sen tu. BTW umur arowana tu lebih tua daripada batch 2001 tau, so basically masa umur kita 8 tahun, arowana tu dah hampir 10 tahun tapi sayang sekali setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati maka arowana itu pun menhembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2009. Teringat lagi diet arowana tu, geli kot, dia makan katak, cengkerik dan anak ikan (ni ok la). Ada satu hari tu boleh pulak cengkerik yang ayah aku beli terlepas pulak, habis satu ruang tamu, ape lagi mengamuk la mak aku kan. Selain arowana dan kolam tu, ade jugak aquarium yang dalam tu ade la beberapa jenis ikan tapi aku tak ingat sangat sebab aku bukan minat ikan pun kan. Cuma ape yang aku ingat dan masih terngiang-ngiang dalam banka otak aku, kenapa kalau aquarium tu dah lama tak cuci iaitu dalam keadaan yang agak filthy akan ade natang siput macam fosil moluska walaupun tak beli siput? cuma tu la gambar kolam, aquarium arowana dan aquarium tu takde pulak, yela masa tu takda fon-fon canggih semua ni kan.

the arrogant ikan laga


Cerita masa agak remaja

Bila dah lama-lama tu, ayah aku teringin balik nak buat lagi kolam kat balkoni luar tu. Kalini kolam yang dibina hanya berbentuk rectangle yang secara kasarnya memang tak menarik pun. Tapi kalini mak aku support 100% so dengan adanya WOMEN TOUCH maka jadilah balkoni rumah aku tu macam little nursery. Pelbagai pokok hiasan lah yang ditanam dan ada tea bench set dan bangku dibeli semata-mata nak lengkapkan kosep garden ni, padahal sape je nak duduk kot. Masa ni aku lagi minat tanam pokok daripada bela-bela ikan ni bukan ape aku nak berbakti pada tanah dan aku ni seorang green hand kot.hehe. masa ni aquarium arowana tu dah dijual, aquarium lagi satu pun dah bagi orang. Selalunya waktu pagi aku akan duduk sorang-sorang sambil mengirup udara segar serta secangkir teh boh ala-ala English movie tu. Kalau masa petang memang boek la buat family time ke high tea ker, ferfect doo. Masa nimjugak macam biasa la ayah aku bela ikan kap jugak. Walaupun ikan kap ni bukan ikan yang premium tapi kalau pandai pilih dan pandai jaga, hasil dia cantik tau serta jangka hidup dia lama sebab lebih kuat daya tahan. Tak meragam la senang cerita. Cuma satu la aku tak gemar, bunyi mesin filter kolam tu kuat doo, sampai dalam rumah boleh dengar bunyi water fountain tu kot.serabuts kiter. Namun bila dah lama-lama tu hari berganti hari, tahun berganti tahun bila dah sibuk, kurang terjagalah mini garden rumah aku ni, pokok pun lama-lam mati, kolam pun dah jarang service. Akhirnya, kolam tu mati dan dipecahkan masa 2015 kerana nak meletakkan barangan bisnes bundle ayah aku, masa ni tempat kerja lama dia kena tutup. Yang tinggal hanyalah kenangan makan keropok lekor ersam keluarga di waktu petang. Mana-man ikan yang ada hidup lagi tu dilepaskan ke tasik. Aku dan adik akua de jugak bela dua ekor kura-kura busuk (aku tak suka pun,tapi adik aku yang nak bela). Akhirnya dua-dua hilang dan baru aku dapat tahu bahawa kura-kura tu join rekrut NINJA TURTLE. Ok tak lawak, kura-kura tu stress lama-lama dia mati.


amazonia concept, spot my tipah there


Cerita masa sekarang

Disebabkan ayah aku dah mula niaga sendiri maka hobi aquarium man dia ni tersekat la sikit. Aku pun masa tu dah masuk asrama so dah jarang la nak duk tolong ayah aku kot. Tapi kemudian tiba-tiba ayah aku nak bela ikan balik tapi dalam skala yang kecil. Idea ni dia dapat daripada pakcik aku yang turut berkongsi hobi yang sama. Dari situ la ayah aku start bela ikan yang pelbagai jenis dalam aquarium. Adik aku minat ikan emas tapi ikan emas tak practical untuk dibela sebab leceh. Maka ayah aku pun decided untuk bela tiger barb sebagai pioneer mini aquarium ini. Sehubungan dengan itu maka hidup kembali lah hobi ayah aku dan hiduplah minat aku pada hobi ni. Pelbagai spesis tropical fish yang kami bela. Kali ni kami lebih serius dan membuat kajian sebelum bela sesuatu sepsis ikan tu dengan lebih saintifik lagi. Takdela takde maknanya, just google je details ikan-ikan yang dibela. Kadang-kadang kalau kami memancing kalau dapat ikan yang menarik mesti ayah aku nak jugak letak dalam aquarium kesayangan dia tu. Haish daripada satu aquarium sekarang dah jadi tiga depan tv ni hm. Ni ruang tamu ka kedai ikan? Paling latest haritu masa memancing kat sebuah lombong tu, aku dapat ikan yang rare dan mahal, ofc takkan nak lepaskan or makan kot, so ayah aku buat bela. Nama scientific ikan tu ialah Geophagus Altifrons, kalau nama melayu dia Tipah la kot hehe. Kalau pegi sungai tu ade tangkap udang pastu kitorang bela la sampai dia besar, bila dah besar tu jual kat kedai cina buat BUTTER PRAWN LOBSTER. also ade jugak bela ikan laga, satu dalam rumah sebelah tv dan lagi satu bela dalam pasu kat luar rumah



geophagus altifon de al buqueque






Harapan murni

So begitulah hobi aku yang tak mahal ni, tapi kira ok la pet lover kot. Aku harap satu hari ungkin dua hari nanti aku dapat hadiahkan parent aku aquarium yang megah mewah dan agung macam dalam cerita fish tank chanel discovery 553 tu.
idea 1, cylindrical tank allow 360° view
 e

idea 2, mounted on wall

No comments:

Post a Comment