Saturday, March 14, 2020

CAT LOVER CORNER



family picture of my cat

  Kali ni saya akan cerita pasal kucing-kucing saya Yang kat atas tu adalah semua kucing saya dari kiri Ceme seterusnya Leo dan yang sebelah kiri tu ialah Adudu. Adudu ialah anak pertama yang dilahirkan oleh Ceme manankala Leo adalah anak kedua Ceme.
CEME
   Okay sekerang saya cerita macam mana kutirang boleh bela Ceme ini. Lebih kurang 4 tahun yang lepas, ayah saya terdengar suara kucing dibelakang rumah saya, kuat bunyinya. Bila ayah saya tengok diluar rupanya ada seekor kucing yang teruk keadaannya dan berada didalam longkang. Pada masa itu keadaan Ceme sangat kritikal, kaki kirinya patah, mukanya separuh luka seperti bergesel dengan tar dan badanya penuh dengan darah. Rupanta Ceme relah dilanggar dan tercampak ke dalam longkang rumah kami. Ayah saya pun ambil dan rawatnya sehingga sihat.
ADUDU
  Untuk pengatahuan anda semua Adudu ni sebenarnya betina dan ada cerita disebaliknya kenapa keluarga kami beri namanya 'adudu'. Seperti yang anda Adudu ialah nama karakter jahat didalam animasi Boboiboy. Disebabkan kucing saya ini jahat dan selalu bergaduh dengan maknya sendiri (ceme) sebab itulah kami beri namanya Adudu. Walaupun begitu Adudu ini sangat membantu kami untuk menangkap serangga perosak dirumah kami. Selain itu Adudu juga adalah kakaknya yang sangat penyayang. Dia selalu menjaga adiknya, Leo ketika Ceme keluar dari rumah dan kebanyakkan masanya dihabis untuk membersihkan bandan Leo dengan menjilatnya.

Leo
  Yang terakhir adalah Leo, anak kedua Ceme. Leo adalah satu-satunya kucing jantan yang kami ada dan disebabkan dengan itu kami beri namanya Leo. Saya tidak kenapa mungkin perangai 'lelaki' nya sangat jelas kerana Leo adalah kicing paling pemalas berbanding Ceme dan Adudu. Mungkin kerana selalu dimanjakan oleh Adudu dan Ceme, Leo jarang atau tidak pernah untuk menjilat badanya sendiri dan menyebabkan badan sering kotor walaupun baru dimandi dua hari sebelum. Betul lah orang tua kata 'jangan manjakan anak sangat nanti dia tak pandai uruskan duru sendiri.

No comments:

Post a Comment