Thursday, August 13, 2020

TOP 5 KDRAMA

   Bertemu kembali kita kali ini untuk enteries terbaru aku, okay harini aku nak cerita pasal kdrama yang aku telah tengok dan aku nak cerita sedikit tentang kdrama atau drama korea ini. Aku akan cerita 5 drama kesukaan aku mengikut turutan daripada kelima sampai lah yang pertama aku suka.


5. ITAEWON CLASS

     (google picture)

  Untuk tempat kelima drama yang aku suka aku pilih cerita ini sebab jalan cerita dia yang menarik dan pelakon dia pon hebat. Cerita ini tentang seorang bekas banduan yang mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya dalam memajukan restorannya meskipun banyak halangan yang ditempuh dalam merealisasikan impian tersebut namun park sae-ro-yi (bukan nama sebenar) tetap sabar dalam menempuh ujian yang datang. Dia juga ingin menjatuhkan syarikat yang besar dalam bandar tersebut demi untuk membalas dendam tentang apa yang pemilik syarikat tersebut lakukan kepada ayahnya. Walaupun begitu dia ada rakan seperjuangan yang tidak putus memberikan semangat dalam perjuangannya.


4. DESCENDANT OF THE SUN

(google picture)

  Cerita ini antara yang aku suka sebab hero dengan heroin dalam cerita ni sangat sepadan,sesuai, dan secocok ahahahahah. Okay cerita ni tentang seorang doctor dan seorang askar yang suka antara satu sama lain tapi sebab kerja yang berbeza membuatkan diorang susah bersama. Disebabkan bidang kerja masing-masing diorang terpaksa berjauhan. Cerita ni memang romantik dan aku suggestkan sesiapa yang suka cerita romance tu bolehlah layan drama ini. Drama ini mempunyai 16 episode dan kebanyakkan cerita korea yang lain biasanya mempunyai 16 episode. Dan akhirnya aku harap diorang berkhawin dalam dunia nyata ahahhahaha.


3. THE KING ETERNAL MONARCH

(google picture)

  Cerita ni tentang dua dunia yang berbeza iaitu mereka saling mencintai walaupun hidup di dua dunia. Cerita ni agak pening sikit tapi tetap best . Seorang raja ni mempunyai tongkat yang boleh bawa dia ke dunia yang lain dan di dunia yang lain dia telah jatuh hati kepada seorang polis perempuan di sana lepastu dia bawa perempuan ini ke dunia dia . Perempuan ini pada mulanya tak percaya tentang kehidupan di dua dunia namun setelah di bawa ke sana dia telah percaya. Semua perasaan ada bila tengok cerita ni kelakar,romantik,sedih dan banyak lah lagi. Jadi aku cadangkan korang tengoklah drama ni sebab memang tak rugi.


2. CRASH LANDING ON YOU

(google picture)

  Drama ni pasal seorang perempuan di korea selatan yang berjaya, mempunyai syarikat kosmetik terkemuka telah tersesat ke korea utara. Dia di jumpakan dengan lelaki yang baik dan menyediakan semua keperluannya namun dia terpaksa menyorok perempuan tersebut dan merahsiakan identitinya demi keselamatan perempuan tu. Secara tidak sedar mereka telah mempunyai perasaaan antara satu sama lain dan tu membuatkan cerita ini lagi menarik. Walaupun hidup di dua negara yang berlainan itu tidak menghalang mereka untuk saling mencintai. Pelakon cerita ni pon memang terkenal dan hebat jadi korang bolehlah tengok drama ni.


1. IT'S OKAY TO NOT BE OKAY

(google picture)

  Tadaaa pada tangga pertama jatuh pada drama ni, drama ni duduk pada tangga pertama dalam list aku sebab bagi aku drama ni sempurna cerita yang menarik, lagu yang sesuai pada setiap sketsa, jalan cerita pun best. Drama ni pasal seorang perempuan panas baran yang kesunyian dan hidup seorang akhirnya ditemukan dengan lelaki yang di ingini selama ni. Dia telah banyak belajar mengawal emosi daripada lelaki tersebut dan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Banyak suka duka yang telah di lalui oleh mereka dalam cerita ni yang membawa kepada pengakhiran yang indah . Aku memang recommend sangat drama ni untuk korang tengok lagi lagi yang jenis suka layan cerita korea ni . Mereka memang serasi berlakon bersama dan aku harap dan semua orang yang tengok cerita ni pon mungkin harap benda yang sama iaitu mereka kawin di dunia nyata hahahaha.

  Okay itulah daripada aku untuk kalini, aku harap korang boleh tengok drama yang aku cadangkan ni, sekian.


                                   



























No comments:

Post a Comment