Saya Seorang anak jati Terengganu yang memang pada asalnya Terengganu dan tak lain dan tak bukan memang berasal dari Terengganu. Saya Lahir pada 14 Mac 2001 di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) Kuala Terengganu. Entry kali ini saya akan kongsikan keindahan negeri kelahiran ataupun negeri kesayangan saya iaitu Terengganu Darul Iman.
credit:googlephotos
Ini adalah jambatan yang diberi nama Kuala Terengganu DrawBrigde. Jambatan ini seakan jambatan yang terkemuka di dunia iaitu London DrawBrigde. Jambatan ini menjadi mercu tanda baharu kepada rakyat Terengganu kerana keunikan dan kemegahannya yang dapat menarik orang ramai serta pelancong untuk mengambil gambar berlatar belakangkan jambatan ini.
credit:googlephotos
Masjid Kristal juga salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi dek kerana masjid ini kelihatan sangat berharga kerana diperbuat daripada kristal.Pada waktu malam, cahaya dipantulkan kearah kristal dengan cahaya warna warni lagi menyerikan kawasan masjid tersebut.
credit:googlephotos
Pulau Redang terkenal dengan kecantikkan batu karang(corals) yang dapat dilihat dengan mata kasar. Jika anda ingin melihat secara lebih terperinci, anda boleh menggunakan alat untuk snorkelling yang dapat disewa di pulau tersebut.Selain itu, anda berpeluang untuk melihat Penyu yang jarang boleh dilihat kerana spesisnya yang hampir pupus.
credit:googlephotos
Pasar Kedai Payang adalah tempat pelancong ataupun sesiapa sahaja untuk membeli barang yang unik dan susah untuk dijumpai di negeri lain sebagai contoh kain Sutera. Selain itu, sifat penjual disini yang baik dan menawarkan harga yang berpatutan pada setiap pembeli.
No comments:
Post a Comment