Monday, August 17, 2020

MANDI DI AIR TERJUN ASAHAN

 Hello guys, bertemu lagi kita pada kalini untuk aku kongsikan cerita atau lebih kepada pengalaman akulah sewaktu pergi mandi di air terjun asahan pada bulan Julai yang lalu . Aku bercadang untuk menceritakan pengalaman aku di sini supaya boleh jadi kenangan suatu hari nanti yang aku sendiri pon dapat tengok balik. Aku dengan 7 orang lagi rakan pergi ke sana untuk mandi dan sekadar untuk mengisi waktu cuti minggu dengan perkara yang menarik dan seronok.

Aku dengan rakan yang lain.

  Bermula pada waktu pagi aku sudah bangun di awal pagi untuk besiap-siap untuk mandi di gunung ledang pada mulanya. Kami sudah bercadang seminggu sebelum harini dan semuanya dapat dilaksanakan . Setelah selesai mandi di pagi hari aku menyiapkan barang yang perlu di bawa ke tempat untuk mandi , selepas semua selesai seorang dari rakan aku datang ke rumah aku untuk bawa aku pergi sarap dan memulakan perjalanan ke destinasi yang ingin di tuju. Sebelum kami pergi bersarapan bersama aku perlu mengumpulkan rakan yang lain dan pergi ke rumah mereka untuk gerak bersama-sama ke gunung ledang pada mulanya. Setelah semuanya berjaya di kumpul walaupun agak susah kerana diantara mereka ada yang agak kuat tido dan baru nak bangun semasa kami datang ke rumah , akhirnya berjaya mengumpulkan kesemuanya dan pergi bersarapan bersama sama.

Akulah sape lagi

  Semua kelihatan agak lapar dan makan makanan yang di pesan setelah sampai. Ketika waktu makan kami mendapati bahawa gunung ledang tutup berikutan wabak penyakit covid-19 yang sedang menular pada ketika itu dan kami berasa agak kesal ketika itu lalu mencari tempat mandi yang lain, Seorang daripada rakan ku cadangkan untuk pergi ke asahan tetapi perjalanan ke sana agak jauh, namun begitu kami tetap pergi kesana dan sampai. Perjalanan yang lebih kurang 28 KM itu tidaklah terasa agak lama kerana semangat ingin mandi yang berkobar-kobar sewaktu itu.

Gambar ketika mandi

  Semasa perjalanan ada seorang rakan kami yang kekurangan minyak dan mungkin tidak dapat sampai pada tempat tersebut tambahan pula jalan yang kami lalui merupakan kawasan kampung yang tidak mempunyai stesen minyak . Namun begitu , ada seorang rakan aku memberitahu bahawa terdapat kedai runcit yang menjual minyak petrol untuk motor rakan aku , dan alhamdulillah sempat sampai ke kedai tersebut dan membeli minyak seterusnya menyambungkan perjalanan. Setelah sampai kami terus masuk ke dalam kawasan hutan tempat mandi dan menukar pakaian mandi lalu terus masuk dan mandi dengan sepuasnya. Aku seronok melihat rakan aku gembira saat kami mandi di situ dan itu akan menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan buat aku dan yang lain.

Sedikit aksi dilakukan aku

  Kawasan yang kami pergi itu tiada orang yang mandi ketika itu lalu di manfaatkan oleh kami dengan sebaik mungkin. Banyak aksi di dalam air yang kami lakukan dan aksi ini tidak boleh di tiru hanya di lakukan oleh orang professional hehehehe. Setelah lama kami mandi barulah datang sekumpulan remaja mandi di kolam yang sama kami mandi . Mereka juga kelihatan gembira. Kami mengambil peluang untuk mandi dibawah air terjun dan merasakan sangat segar. Air gunung yang sejuk dan kawasan hutan yang tidak di cemari membuatkan kami sangat menikmati masa ketika berada di sana.

Selfie

  Setelah puas mandi-manda lebih kurang 2 jam lebih dan puas mengambil gambar kami menyalin pakaian dan beredar daripada kawasan gunung. Kami meneruskan perjalanan balik walaupun agak penat namun perjalanan mesti diteruskan sebelum balik ke rumah masing-masing kami singgah makan tengahari di sebuah warung di Tangkak. Semua kelihatan makan dengan berselera dan semuanya habis. Apabila kami sudah balik lalu hujan pon turun menangisi pemergian balik kami. Jadi itulah daripada aku, aku harap kami akan berkmpul lagi dan mandi seperti ini pada masa akan datang, aku meyimpan kenangan aku di sini untuk tontonan aku pada masa akan datang agar aku dapat mengingati memori bahagia bersama kawanku. Sekian.


























No comments:

Post a Comment