Tuesday, August 18, 2020

BUKIT AMPANG

bukit ampang. bukit segala bukit yang ada kat kl ni. bukit yang paling spesyel dalam kl ni. sebab apa?. sebab bukit kl ni boleh nampak satu kl, menara kl and menara berkembar boleh dilihat dengan jelas dalam satu pandangan sahaja, bukit yang boleh dikatakan bukit untuk orang sendu melepak kerana banyak keindahan cahaya cahaya bagunan yang menerangi mata sehinggakan terfikir segala putik putik persoalan yang berada di hati dan minda. tiba tib ada mood untuk bertenang, bersahaja, layan perasaan sendiri dan memikirkan segala perkara yang boleh menenangkan hati sanubari

masa ni pergi bersama sama keluarga tercinta menikmati keindahan kl sebab dah bosan dengan johor, so kita pun pergi lah melancong dalam negeri pulak, so kl menjadi pilihan hati sebab ada tempat tempat yang kitorang belum lagi pergi jadi kitorang tanya lah kawan kawan yang ada kat kl ni mintak tolong suggestkan tempat tempat yang menarik kat kl ni. so jumpalah bukit ampang yang menjadi tarikan hati.dah sampai tu semua pun terkedu dan terkejut sambil menyebut wah kerana kagum dengan keindahan kl yang boleh dilihat seluruhnya dari bukit ampang tu.

macam ni lah gambar yang boleh dijadikan wallpaper bersama pasangan anda jika anda berminat untuk pergi ke bukit ampang ni. ni adik saya, ini cuma demo je kalau ada yang imagine kalau ada pasangan nak bergambar macam mana, bergambarlah macam ni, lawa dan simple.background pun nampak je satu kl yang lawa tu. so dijemput datang ke bukit ampang ni untuk melihat sendiri dengan mata kepala anda tu kalau tak percaya boleh nampak satu kl.

asyik ada orang je kan, ha ni gambar yang takde orang, korang boleh nikmati sendiri sorang sorang gambar ni. tenunglah lama lama, cantik ke tak cantik, nikmatilah puas puas, lagi satu, tempat dia pun limited jugak tau, untuk dapat angle yang cantik kena tunggu orang lain maybe, so kalau boleh datang lah awal awal or tunggulah sampai org lain pergi tempat lain, angle pun penting jugak kalau nak dapat gambar lawa ni.
 

No comments:

Post a Comment