blog aku kalini nak cerita pasal depression yang dimana depression ni bukan setakat sedih je dan jangan sesekali self diagnose tau! kena dapat dari doktor sendiri.
Sekiranya anda mengalami kemurungan, kesedihan atau rasa kekosongan yang anda rasai itu tidak menghilang dalam masa beberapa minggu. Antara simptom-simptom emosi yang berlaku termasuklah:
- Berasa cepat marah atau sensitif terhadap perkara-perkara kecil yang berlaku
- Keresahan dan kegelisahan
- Mempunyai kesukaran dengan pengurusan kemarahan
- Hilang minat dalam pelbagai aktiviti
- Obsesi terhadap perkara yang sudah lepas atau perkara yang berlaku secara salah
- Terfikir untuk mati atau membunuh diri
korang ada rasa macamni tak? okay kita move on to next simptoms.
- Insomia atau terlebih tidur
- Keletihan yang melemahkan
- Selera makan yang meningkat naik atau menurun
- Kehilangan atau pertambahan berat badan
- Kesukaran untuk memberikan tumpuan atau membuat keputusan
- Kesakitan atau sengal-sengal pada tubuh yang tidak diketahui puncanya
jadi benda ni bukan saja saja je untuk dijadikan bahan gurauan. kena alert dengan orang sekeliling dan sentiasa ambil berat sebab bila orang dah takda baru nak ambil berat tiada guna dah. Lagipun depression ni boleh buat seseorang tu tiada interest untuk melakukan sesuatu termasuk belajar dan berkerja.
Sebenarnya, tidak terdapat satu penyebab kukuh bagi depresi. Ia melibatkan pelbagai faktor seperti bahan kimia dalam otak, hormon dan juga genetik. Faktor-faktor risiko lain yang boleh menyebabkan kemurungan termasuklah:
- Kurang keyakinan diri
- Gangguang kebimbangan melampau, gangguan personaliti sempadan, dan gangguan tekanan selepas trauma atau PTSD
- Gangguan fizikal atau seksual
- Penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, multiple sclerosis atau kanser
- Gangguan penyalahgunaan dadah atau alkohol
- Kesan sampingan sesetengah ubat-ubatan
- Sejarah kemurungan dalam keluarga
- Umur, jantina, bangsa dan juga geografi
untuk mengatasi masalah depresi ni hendaklah korang refer kepada mereka yang lebih pakar seperti phychology dan doctor itu sendiri.
source:




No comments:
Post a Comment