Tuesday, August 11, 2020

RAYA HAJI 2020

  Assalamualaikum semua, okay harini cerita yang nak aku sampaikan ialah pengalaman aku waktu hari raya haji tahun 2020. Seperti yang kita tahu raya haji disambut pada 10,11,12 dan 13 zulhijjah setiap tahun dan pada setiap tahun jugaklah family serta pakcik aku akan membuat ibadah korban ini di rumah kami. Walaupun masih terdapat  wabak penyakit covid-19 pada waktu ini namun itu tidak menghalang kami untuk menyambut perayaan ini.


                                                                                  
Binatang sembelihan

    Sebanyak 6 ekor biri-biri telah dikorbankan pada waktu pagi hari raya tersebut . Suasana pagi memang sibuk kat rumah sebab ramai adik beradik balik dan kalau nak mandi tu pun kena tunggu jugak tapi walaupun macamtu aku seronok sangat sebab rumah memang selalu akan riuh kalau ramai adik beradik balik . pada pagi tu setelah bersiap kami semua memulakan solat hari raya di rumah saja sebab kalau pergi masjid memang leceh lah sebab masjid kena beratur nak masuk dan taktaulah semua dapat masuk ke tak kalau datang sebabtu kami buat keputusan untuk solat di rumah je.



Suasana solat raya

  Buat kali pertama kami solat hari raya di rumah sebab wabak penyakit ini belum sepenuhnya pulih. Wlaupun solat dirumah alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diingini. Setelah selesai solat hari raya . Kami sekeluarga menjamah makanan yang telah dimasak, ternyata memang banyak lauk yang di sediakan . Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama-sama walaupun keluarga kami ada yang tidak dapat datang sebab urusan kerja namun kami tetap meneruskan mengambil gambar bersama . Aku sempat meminta maaf kepada mak, ayah, abang dan kakak selepas itu, iyelah aku ni kan nakal sikit hehehe. 




Semasa korban

  Semua kelihatan gembira semasa ibadah korban dijalankan. Seramai 10-12 orang lelaki telah membantu menguruskan proses seperti menyembelih,melapah, dan membahagikan daging. Aku telah banyak belajar benda yang baharu dalam meguruskan binatang korban ini. Aku akan manfaatkan apa yang telah aku belajar dan harap dapat membantu pada tahun tahun yang lain.



Sup kepala kambing

  Setelah semua urusan selesai kami membahagikan daging itu kepada golongan yang memerlukan dan kami ada simpan untuk kami makan di rumah . Mak aku membuat keputuan untuk  buat sup kepala kambing kerana abang aku suka. Sangat sedap sup yang dibuat itu semua kelihatan seronok ketika makan lauk itu. Setelah makanan siap semua kelihatan makan dengan penuh berselera kerana sudah penat membuat kerja dari pagi kira kira dalam jam 2 petang semua urusan selesai . Sesetengah terbaring kerana kepenatan .



Suasana petang

  Pada waktu petang kami membuat keputusan untuk menyambut birthday abang aku yang akan berlangsung tidak lama lagi dalam bulan yang sama. Suasana petang diisi dengan baik oleh kami.Jadi itulah enteries aku pada kali ini dan aku harap ibadah ini diteruskan oleh keluarga aku pada tahun tahun yang akan datang.






No comments:

Post a Comment