Wasap cikibum sekalian hshshs aku nak story pasal pengalaman pertama aku reja kat Caltex Hutan Kampung. Yelah lepas SPM kan tadak apa nak buat and sementara menunggu keputusan tu better aku pi cari reja hehehe paling kurang dapat jugak duit sendiri 😍. Before this ada ja aku reja katering tapi yelah katering bukan ada setiap hari kadang ada kadang takda so aku pi cari reja and Alhamdulillah aku dapat reja kat stesen minyak tu.
sumber : internet
Reja kat sini best and ada la jugak part yang kurang menyenangkan tu hahaha tapi part yang best banyak kat sini heheh nanti aku story kenapa hehehe. Kat sini reja ada terbahagi kepada tiga bahagian satu kita kena jaga mesin duit untuk minyak which means kaunter orang nak pi bayaq duit minyak tu, kedua kita kena jaga mart which means kita kena jaga kaunter duit untuk mart dalam kedai caltex tu macam keropok, ais krim, mop lantai bahagian dalam kedai means kebersihan dalam kedai tu tanggungjawap cashier yang jaga bahagian mart and lastly, yang ketiga ialah bahagian luar which means mop lantai luar, sapu sampah kawasan luar caltex tu,siram pokok and cuci toilet semua tu.
vest kuning tu kena pakai kalau time tu shift kita bahagian luar as safety bila waktu malam (sumber:internet)
First day kat situ berjalan dengan lancar alhamdulillah. Macam biasa akan ada sorang yang ditugaskan untuk ajar budak baru. Aku rasa seminggu or dua minggu jugakla aku duduk luar means cuci toilet sapu siram semua tu. Next week tu puan cakap aku dah boleh duduk dalam means kena belajar cara uruskan mart and cashier minyak. So kat dalam pulak dorang ajar la keropok tu nak refill macam mana means susun semua tu, pastu tunjuk bekalan keropok nak ambik kat mana , air tin nak ambik kat store mana then kalau supplier datang apa nak kena buat sebagai contoh check la ada tak barang expired pastu kasi kat supplier tu and so on. Then, depa ajar macam mana nak tekan mesin tu bila orang mai bayar minyak ,apa nak kena buat kalau ada orang nak isi minyak dalam tong sebab kalau nak isi minyak dalam tong hanya boleh isi RM30 ja , kalau nak lebih boleh tapi kena buat surat bagai tu. Tapi kadang tu peniaga runcit kampung depa akan senyap-senyap isi dalam tong so kita kena la bertanggungjawap cakap elok-elok tak boleh but sometimes akan ada yang membantah apa semua hahahah part tu sabar kena banyak boss, tu orang cakap pengalaman.
sumber:internet
Berdasarkan gambar ni, ni salah satu pengalaman aku. Depa akan pi kat pam minyak yang jauh-jauh then acah-acah isi minyak kat kereta but actually isi dalam tong. But akan nampak jugak macam mana pun sebab ada cctv kat kaunter. Kalau pihak berkuasa mai memang habis la, sekali dengan cashier tu kena saman 🤦♀️. Pastu pengalaman yang aku dapat ialah duit palsu. Setiap kali ada orang datang check dulu, duit tu palsu ke tak sebab kadang tu kereta mewah gila seyes toq tapi duit RM50 pun nak tipu hampehhh. Kadang tu ada jugak orang yang nak isi penuh and dorang cakap nak guna kad but kena check dulu kadang tu kata nak bayar guna kad but bila check kad tu tak boleh guna. Hahahhah macam-macam sekarang ni. And aku bersyukur la sebab depa semua selalu ajar aku walaupun aku ni slow hshshsh and also pesan kat aku macam tadi aku story tu pasal duit palsu semua tu. Kan aku paling muda kat situ hahahah so dorang kena banyak bersabar heheh.
sumber:internet
Gambar tu selepas aku dah keluar and maybe that time aku tengah orientasi kat alam maybe tahla tak ingat hahah. Dalam tu ada kak intan , kak zati and isma hahah tu je yang aku kenal. Part paling best time reja ni hang dapat jumpa macam-macam perangai. Pastu lepas balik reja pegi makan makan dengan dorang especially lepas dapat gaji hshshshsh.
~TO BE CONTINUED~
No comments:
Post a Comment