Thursday, July 2, 2020

KERJA KILANG KE KERJA SHOPPING MALL PT.1?👀

KALAU KORANG LAH , MANA SATU ?

Pada aku , dah jadi satu stigma maasyarakat ni yang merubah mentaliti semua rakyat di negara kita ni yang mana bila sebut je kerja kilang. Mesti diorang akan berkata buruk.Ye aku tahu dan aku memang akui tak semua yang macam tu, even pada aku sendiri pun. Okay je kerja kilang ni sebenarnya, kalau korang pernah merasai benda yang sama lah kan seperti mana aku lalui ni . Pengalaman bekerja di kilang kilang atau di sektor sektor perindustrian ni memang mengerah keringat yang gila gila . 
So harini aku nak cerita sedikit pasal perbezaan dan sedikit kelebihan atau kekurangan kedua dua sektor ni hm.Korang jangan lah macam ,( yeye je proton ni. Dia pun bukan nya pro sangat pun). Terpulang pada korang semua lah tapi aku punya suggestion ni adalah untuk mereka mereka yang mungkin baru habis spm ataupun baru habis degree yang masih belum dapat panggilan dari sektor sektor yang sebenarnya lah. Maksud aku belum dipanggil temuduga kerja kerja setaraf lah dengan kelayakan kau sebagai graduan diploma ke degree ke ha macam tu lah. Alamak slow la HAHAHAHA, gurau je jangan la marah .
 
                              OKAY KITA START DENGAN KERJA KILANG.
   Okay bagi aku lah kan , selama aku dah hidup di muka bumi Allah yang fana ni, aku ni memang suka dan akan rasa seronok bila aku dapat capai apa yang aku nak sangat buat. So masa aku habis SPM, Aku kerja dekat satu supermarket ni, tapi masatu memang dah pasang angan angan nak kerja kilang cuma belum tercapai lagi sebab belum cukup 18sx kan ?. gila kau nak minta kerja kilang umur baru 17 tahun. Zaman pak kaduk dulu boleh lah tapi sejak pejabat buruh pun dah beri lebih penekanan terhadap rules for the employees menggaji pekerja ni tak berjaya lah aku masuk kilang . But sekarang aku tengah nak cerita pasal kilang kan . So tengok lah antara gambar aku masa kat kilang dulu .
And before aku terlupa, aku nak cakap seumur hidup aku sehingga masa kini ni aku baru berjaya bekerja di 3 kilang berasingan . 3 kut kalau tak silap.
                               contoh: -Konica Minolta 
                                            -MMi 
                                            -Aik Cheong 
Salah satu nya yang best, dapat belajar bawak benda alah ni. Dekat rumah korang mesti takde. Bagi aku takde la seronok mana setakat forklift je kan. Tapi satu kepuasan bagi diri aku bila aku mampu memahirkan diri membawa jentera rear wheel drive dan roda yang rotate adalah roda belakang hahahahhahaha. ni gambar ni aku ambik sendiri tau haa.Takpe aku faham korang mesti tengah memuja aku kan HAHAHA.aku faham , takpe teruskan membaca. mesti ada yang tengah memaki hamun aku sekarang ni HAHAHA ,alaa rilek lah orang gurau sikit je.
Tapi personally bagi pandangan aku lah kalau sekadar macam orang yang macam kita ni kan . sekadar nak isi masa, mungkin bagi korang macam agak bahaya sikit lah sebab kalau macam aku selalunya orang akan campak dekat warehouse ataupun dekat store. Hm tahu sebab muka macam layak duduk warehouse jadi beruk kan panjat sana panjat sini susun barang angkat barang apa semua. Tahu abeton sebenarnya sedar yang diri sendiri sebenarnya tak hensem tapi hm malas lah nak hina diri sendiri HAHAHA.

So yang ni adalah bukti semasa aku dibuli oleh abang abang kat situ lah(warehouse)tu sebab yelah kan. Aku kan paling budak kat situ, Kau bayang lah eh, Average umur orang kat situ 26>40.Tiba tiba ada seorang budak muda yang muka ala ala Tom Cruise masuk kerja , bahagian stor mana tak hot bro kan HAHAHAHA. Takde lah yang part Tom Cruise tu tipu lah hehe. Tapi overall aku sendiri rasa agak penat tapi nak buat macam mana. Ini lah lumrah kalau kita adalah seorang pekerja kilang kan. memnag benda ni je lah yang kita duk hadap sehari hari.


Ni adalah satu footage juga masa ni aku tengah menuang lah atau pun orang kata aku tengah berehat di belakang sebuah susunan pallet . Tahu tak pallet tu ? Ala kata DNS ,takkan tak tahu pallet tu apa yang korang duk pungpangpungpang dalam class cargowork tu haa palletisation tu pakai benda alah pallet ni lah. Cuma some production factories dia tak guna pallet kayu . Sebab apa ? sebab dalam sebuah industri perkilangan lah kan yang ada mesin untuk production lah kan . Kilang kilang ni dia tak pakai orang untuk seret load load gula 1 ton 2 tonnes yang dia nak pakai untuk jalan machine blender apa semua ni. So, apa yang kilang pakai ? Kilang ni pakai conveyor belting iaitu machine yang menarik barang ke venue yang dituju lah iaitu ke mesin mesin tersebut. So pallet kayu diganti dengan pallet plastic bertujuan untuk mengurangkan berat pallet so indirectly dia dapat load lebih atas satu palet tu faham ? 
AKU RASA AKU KENA STOP DULU LEPASNI BARU SAMBUNG PART II. BARAI WEH.
apa apa boleh gaduh kat ruangan komen bawah ni . kalau tak puas hati ke tiba tiba nak borak arsenal ke HAHAHA sila sila . 
tata...
Bye.




1 comment:

  1. ni semua gambar aku sendiri tau. apa barang ambik google kamon ah bro hahhahaahahaha

    ReplyDelete