OKAY LET'S GET STARTED...
Assalamualaikum dan selamat pagi/petang kira selamat sejahtera lah ni eh HAHAHAHA, aku minta maaf sangat sangat lah sebab lupa nak bagi salam dalam entry yang lepas , aku ni sebenarnya orang yang baik, dibesarkan dalam kehidupan yang dididik dengan erti kehidupan beradab lah orang kata, Sorry lah ye pembaca pembaca semua. Aku ni memang seorang yang suka bergurau tapi masih belum sampai tahap kurang ajar lagi la.HAHAHA. Sekejap eh before aku nak start bercerita pasal pekerjaan di shopping mall ni kan, Aku nak share satu benda lah, tapi agak personal sikit. Ala, tapi sukahati aku lah kan entry aku hahaha bukannya aku bodyshaming orang pun ke ada orang kena saman sebab tulis apa dia rasa dekat blog HAHAHA. Takde lah personal mana pun, aku je acah gempak tapi biarlah saya kan hahaha, nasib baik aku ni comel, ha aku nak cerita pasal mood aku lah, aku tak tahu kenapa tapi rasanya hampir dua purnama eh itu lirik lagu lah alamak hehe. Aku tak pasti kenapa tapi lepas aku dengar satu lagu ni aku rasa bersemangat sikit. Ha nak tahu tak ? jap lagi aku akan share link dia.Aku dah kata rugi orang kalau tak singgah baca entry aku ni, bukan setakat aku cerita boring boring macam orang tua tua. Come on lah aku akan pastikan content aku ni tak bosan tau korang baca haa.So, jom kita continue ke tajuk sebenar aku pada kali ni, For those yang dah baca entry aku sebelum ni , aku dah cerita sedikit sebanyak pasal pengalaman aku berkecimpung menjadi pekerja di kilang kilang production dan sebagainya. So kali ni aku nak cerita pulak pasal apa sebenarnya seronok kerja di shopping mall ataupun di retail retail shop ni .
So, aku agak cetek sikit lah ilmu pasal bekerja di retail retail atau mall mall ni sebab nya aku macam agak tak suka bila sesuatu pekerjaan tu aku kena berhadapan dengan customer (ceh, padahal aku berangan nak run bisnes one day tapi tak suka customer macam mana tu HAHAHA).Aku sebenarnya jujur lah aku bagitahu ni aku sebenarnya handsome HAHAHAHA , eh salah cakap , aku sebenarnya seorang yang agak rendah tahap kesabaran nya. So kalau pelanggan tu tak banyak tanya or kerenah dia kalau macam tahap kat sekolah tu jenis dalam kelas tak pernah tanya soalan pelik pelik dekat cikgu or waktu dalam kelas kalau tak faham pun buat buat faham je . Haa kalau macam itu perangai aku suka , ya aku suka sangat tapi kalau jenis perangai entah apa apa memang aku susah lah nak kawal emosi, kadang kadang kan sampai aku rasa nak hempuk je keyboard kat meja kaunter tu dekat muka customer. Yelah mana tak nya soalan yang patut dia tanya dekat dalam dia pergi tanya aku. Aku nni dulu adalah seorang manager , eh cashier HAHAHA. So , pada aku first point adalah pekerjaan yang semacam ini rupa dia memang menuntut para pekerja dia untuk melatih diri bersabar layan karenah customer korang.So pada aku best bagi part tu . Tapi tak boleh lah sembang saje, kena ada bukti kan, aku ni taknak lah nanti korang kutuk kutuk aku dekat belakang. Nanti duk kata ' apalah proton ni sembang je ni dia bukan pernah pun kerja mana mana mall' Iye korang aku tahu aku sedar aku ni muka memang muka budak kerja kilang je . Haa ini yang aku malas ni , aku geram nak tunjuk gak gambar.Kejap eh ...
Malas nak sembang tapi ini lah rupa aku masa umur aku masih 18 tahun lagi, masa ni tengah rehat haa ye aku tahu tak payah lah ejek baju aku tu dah memang dia bagi warna pink nak buat macam mana . Kalau kau nak ketawa baik kau ketawakan orang kerja kilang panasonic tu pakai baju warna biru cair macam baju apa dah aku tengok.
Ha macam park seo joon kan HAHAHAHA. Takpe aku tahu korang segan nak puji tapi memang hensem aku sedar , dulu siap ada makcik tu dia kata aku ni ismail izzani lepas tu aku terkedu kejap apa makcik ni HAHAHAH, aku ingat lagi makcik tu tengah in queue nak bayar di kaunter aku , bila sampai je teris dia tanya , dia naik kerusi roda suami dia yang tolak ni sumpah aku tak tipu memang betul kisah ni Ya Allah tak percaya pulak.
Okay ni nama dia Ong , dia ni umur sebaya lah denga Fauzul(malim) tu. Tapi Ong ni sekarang dah sambung belajar di UMP(Universiti Malaysia Pahang), aku rindu jugak sebenarnya dekat Ong ni sebab in real life ni aku sangat sikit kawan kawan cina ni. So antara kawan kawan bangsa cina yang aku sempat kenal ni lah si Ong ni,dai pun cashier juga. Dia cina tapi aku lagi putih dari dia aku rasa mak aku beranakkan aku dekat korea mungkin HAHAHA.
Okay ni mungkin gambar last aku share so dekat sini aku nak highlightkan. Anak anak muda sekalian , iaitu korang lah lepasan lepasan SPM , Adalah tidak menjadi kesalahan jikalau korang memilih untuk nak buat pilihan samada nak kerja kilang ke or wether kau nak jadi buruh kontraktor tengah tengah panas pun its okay. Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab kita hidup di dunia ni ada hak kebebasan tersendiri. So demi pengalaman, korang ikut lah rasa hati korang. Pilih lah pa saja , tidak salah korang membuat pilihan waima nak jadi runner foodpanda ke apa ke . silakan, Cuma satu je aku nak pesan, Tak ada kerjadalam dunia ni yang tak penat . Jangan teragak agak nak berhenti kalau korang rasa tak sesuai dengan mana mana kerja , Kita masih muda , orang kelantan kata "still fresh" so larilah ke mana mana , sebab kudrat orang muda macam umur kita ni masih dicari oleh syarikat syarikat di luar sana.
Before aku lupa nah link lagu ni, dia instrumental je tapi memang usik jiwa beb aku tahu lah aku dah dengar alamak. Nak gaduh je kerja nah dengar dulu pastu comment dekat bawah ni best ke tidakkkk
tajuk dia(same sky,different world)hm tajuk pun dah catching....
TERUSLAN BERBAKTI, BANGKIT ANAK MUDA!
No comments:
Post a Comment