Wednesday, July 1, 2020

SWEET SOUR CARA BUJANG GRRR

Assalamualaikum ualls 🤩.

Okay selamat datang ke rancangan Ada Apa Dalam Kuali haaa dengaq nama pun mengancam hehehe. Okay so kalini aku nak kongsi cara masak ikan tiga rasa ataupun nak lebih ver-style ikan sweet sour dengan cara yang simple gilaaaaaa seyes coq.

THE BAHAN-BAHAN UNTUK SOS/KUAH :

  • sos tiram 2 dan setengah sudu
  • sos cili 3 sudu
  • air (ambik la agak-agak kuah hampa nak banyak mana)
  • buah nenas/epal yang di potong dadu (ikut la kalau tamau boh pun takpa but kalau aku, aku buh sebab rasa dia akan lagi sedap and macam masam-masam gitew)
sumber : internet

  • sayur kubis bunga / brokoli 
sumber : internet

  • garam (secukup rasa)
  • ajinamoto (secukup rasa)
  • gula (ni pun sama secukup rasa)
  • halia 
  • bawang putih
  • ikan siakap (ikut hampa la ikan bawal pun boleh janji kuah padu)
gambaq passport ikan siakap #sumberinternet

CARA BUAT SOS :
  1. masukkan sos tiram and sos cili mengikut jumlah yang aku nyatakan tadi tu
  2. masukkan air 
  3. kacau sehingga sebati
THE MOST SIMPLE RECIPE UNTUK BUJANG DILUAR SANA:
  1. goreng ikan tu sehingga garing
  2. keluarkan ikan tu
  3. tumis bawang + halia + buah epal/buah nenas (gunakan minyak yang goreng ikan tadi tu)
  4. masukkan sos yang hampa dah buat tadi tu
  5. masukkan garam + ajinamoto + gula (secukup rasa ja tau jangan hentam buh sampai satu sudu pegh hshshs)
  6. lepastu masukkan sayur-sayur (kubis bunga) tu then tunggu sampai kubis tu macam dah kurang keras
  7. letak ikan yang dah digoreng tu dalam pinggan then tuang la kuah yang dah siap tu
sumber : internet


DAHH SIAPPPPPPP BOLEH DAH MAKAN GENK SELAMAT MENCUBA WAHAI BUJANG SEKALIAN 😍😍✌

No comments:

Post a Comment