Since pkp and musim covid ni memang duduk dalam rumah ja. Sampai nak tidoq pun penat (ecey acah). So ibu aku selalu masak macam macam salah satunya kuih pau aum 🤤❤.
The recipe is *drum rolls* :
Bahan-bahan :
•1 kg tepung pau.
- •1 sudu teh baking powder.
-Kedua-dua bahan di atas diayak bersama (Bahan A) - •1 sudu teh garam.
- •1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak.
- •2 1/4 cawan air.
- •11 gm yis.
- •1 sudu makan gula.
- •2 sudu makan susu pekat manis.
- •1 biji telur.
-Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut (Bahan B)
(jangan risau kebersihan diutamakan)
(tu tangan adik fahim hm kalau orang memasak dia pun nak memasak 😂)
(yang paling ciput omel tu adik fahim punya hahaha)
Cara Membuat :
1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.
2. Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm ).
5. Kemudian leperkan.
6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm ).
7. Tutup dan kemaskan.
8. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat, atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.
9. Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.
10. Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.
(inti yang dah siap dimasak with daun pisang yang dah diguntingkan)
(kreativiti aku terserlah hahahah)
(hm tak sangka 10 minit pun lama ðŸ˜)
(first try hm budak baru nak up 😂)
(don't judge the book by its cover, rupa tak macam rasa 🤤❤ *kata-kata itu dipersetujui oleh family makcik and family long* )
Tips :Biarkan doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras).
Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.
Jika mahu buat ½ adunan, kurangkan jumlah air, gula, susu pekat, sukatan yis tetap sama.
resepi: https://saji.my/resepi-pau-kukus/
No comments:
Post a Comment