|
Gambar semasa pagi sebelum course bermula |
Okay guys harini aku nak share sikit pengalaman aku masa aku pergi modular course pada akhir bulan disember tahun 2019.Jujur aku cakap memang best pengalaman aku masa ini dan aku rasa nak kongsikan dengan korang.Modular course aku ni bermula dengan minggu di bengkel,minggu latihan praktikal dan minggu amali di kelas.Berlangsung selama tiga minggu tapi tak rasa sangat macam tiga minggu sebab semuanya cepat berlaku.
Pada mulanya aku memang rasa bosan sangat sebab member kelas aku yang lain cuti lagi dan aku memang mintak untuk buat modular ni awal daripada budak kelas aku yang lain.Memang bosan pada mulanya mujurlah ade 3 orang roomate aku yang ada buat modular bersama aku takdelah rasa bosan sangatkan.Hari pertama aku memang agak bosan sikit iyela sebab campur dengan budak kelas lain so, tak ramai sangatlah yang aku kenal tapi adelah sikit yang aku rapat daripada budak kelas lain tu.Tapi lepas lama aku di sana aku dah mula sesuaikan diri dengan member aku yang lain di kelas.
Minggu pertama aku kat bengkel kami belajar banyak tentang jenis-jenis ikatan tali di atas kapal memang banyak ikatan yang aku belajar dan boleh aku guna dalam kehidupan seharian.Kelas yang bermula lebih kurang pukul 8 itu dan berakhir dalam pukul 4 itu memang memenatkan (lunch break 12p.m -2p.m) tapi aku rasa penat aku itu berbaloi sebab banyak yang aku telah pelajari sepanjang tempoh kursus itu.
|
Gambar di rumah asap ketika praktikal amali |
|
Kelengkapan di smoke house |
Minggu kedua merupakan minggu yang paling best bagi aku sebab waktu ni aku buat praktikal masuk dalam rumah asap,buat fire fighting training dan latihan terjun kolam.Semua latihan ni merupakan latihan kecemasan yang perlu kami pelajari sebelum kerja di atas kapal.Aktiviti yang paling menarik bagi aku ialah masuk di dalam rumah asap ini dan kat dalam rumah ni kami dibekalkan dengan oxygen tank untuk kami bernafas di dalam itu.Dalam rumah itu penuh dengan asap dan aku tak nampak cahaya langsung ketika baru masuk di sana.Aku terasa lemas kerana terlampau gelap dan aku tau aku perlu tenangkan diri dalam situasi seperti itu dan tidak perlu panik kerana itu tidak akan membantu.Aku mencari jalan bersama rakan aku yang lain untuk keluar daripada situ dan menyelesaikan latihan ini.Jujur aku cakap memang latihan ni mencabar daripada yang lainnya.Setelah latihan rumah asap ini tamat kami semua memang keletihan tetapi berasa seronok.
|
Gambar setelah latihan selesai |
Kesokkan harinya kami meneruskan latihan kami dengan aktiviti kecemasan ketika kapal terbakar dan kami di arah untuk terjun daripada platform di kolam renang dengan dilengkapi dengan lifejacket dan setelah semua garis panduan telah diberikan kami di ajar cara untuk berenang menggunakan lifejacket serta situasi kecemasa yang lain di laut.Pada mulanya ketika aku di arah untuk terjun aku memang agak sedikit takut tapi selepas aku mengikut semua arahan dan garis panduan yang diberikan aku menjadi berani dan aku melakukan terjunan yang baik dan tiada mengalami sebarang kecederaan dan aku berasa seronok dan ingin melakukan sekali lagi namun masa tidak mengizinkan.
|
Gambar aku bersama member aku |
Setelah semua aktiviti telah selesai kami meneruskan pelajaran di kelas tentang latihan kecemasan yang lain.Tiga minggu yang cukup bermakna buat aku dan susah untuk aku lupakan kerana seronok melakukan aktiviti di sini dan setelah latihan ini tamat aku mempunya cuti lebih kurang tiga hari dan selepas itu naiklah aku di semester dua di alam.
No comments:
Post a Comment