Tuesday, May 19, 2020

Friendship

Assalamualaikum,


So hari ni aku nak share pasal kawan2 aku kat sekolah menengah yang selalu ada dengan aku and lepak sekali.  Boleh kata setiap minggu kami akan lepak ramai2 main game, bowling and macam2 lagi lah. 



Gambar atas tu waktu form 5 seminggu sebelum SPM. Aku sebenarnya baru ja pindah sekolah ni waktu form 4 sebab nak rasa environment lain dari sekolah aku yang dulu. Aku sekolah agama dari aku darjah satu smpailah aku tingkatan 3. Mula2 pelik juga lah masuk sekolah menengah kebangsaan sebab macam-macam pelajar aku jumpa. Tapi bila ada member masuk air macam depa ni, aku pun senang nak bergaul. Tengak lah aku dari dulu suka pakai selipar pi sekolah walaupun jadi pengawas. Macam2 alasan aku bagi dekat cikgu and aku akan pakai kasut bila ada perhimpunan rasmi ja, hari lain aku akan pakai selipar aku tu lah.






Ni aku pi kenduri doa selamat Amir (first dari kanan) sebab mak ngn ayah dia nak pi haji tahun lepas. So kami pi tolong apa yang boleh pastu sebelah petang kami pi lepak kat pantai dekat dengan rumah amir. 




Yang ni pulak kami pi Tambun sebelum semua masuk ipta. Waktu ni best sebab tak ramai orang dekat Tambun and boleh main semua dekat tambun tanpa perlu beratur. Memang enjoy habis lah sebab sebelum ni semua sibuk keja and bila ada masa semua pi jalan sama2. 



Gambar atas ni kami ambik lepas makan steamboat dekat bertam masa cuti tahun baru cina tahun ni. Semua balik cuti and kami decide nak lepak smbil makan2. Lagipun hari tu  kami nak sambut birthday Haikal (yg pegang bunga).Takat tu dulu lah aku cerita, nanti kalau ada masa aku sambung lain. Cita panjang2 pun buat bosan ja ... hahahaha. Tapi aku  syukur dapat kawan yang selalu ada and banyak tolong waktu senag dan susah.  





Saturday, May 16, 2020

EX - CRUSH (part one)

Assamualaikum ualls 🤩.


Dulu time sekolah menengah aku suka sangat sangat aktiviti luar sekolah contoh macam kem perkhemahan.To be honest, main reason aku suka sebab yelah kalau pi kem bermaksud hang akan jumpa budak sekolah lain or what can i say is hang boleh jumpa budak lelaki dari sekolah lain hehehe bunyi macam galak (means gedik) tapi itulah kenyataaan hagagsghaga.

So ialls nak cita pasai pengalaman aku time kem Anugerah Remaja Perdana tahun 2017.

(ni gambaq time hari last kat situ , walaupun hampa tak tanya but aku nak habaq jugak heheh)

Macam biasa nama pun kem kan mestilah makan tak kenyang , mandi tak basah ehh silap mandi tak cukup air hm. Yang paling bestnya kebaikan geng fasi ni terserlah hari last kem tu. Boleh depa pi tutup air time kami nak mandi ughh geramnya aku pastu depa suruh guna air terjun kat situ masalanya khemah peserta lelaki tepi air tu so nak bukak tudung pun susah haiyo. Hanya mampu berus gigi dan sembur perfume sampai basah baju hahahhaha gurau ja takdak la sampai tara tu (means sampai macam tu).

(selamat datang ke rancangan ketuk ketuk khemah anda)

Setiap kem yang kita pi mesti depa sediakan aktiviti yang menarik tertarik kau memang seksa. Salah satu aktiviti dia mendaki gunung tapi tak berapa nak mendaki sangat sebab malam tu hujan so might be slippery, takut nanti ada adegan kuch kuch ho tahey (taktau la eja betoi ka dak hagshas) pulak tergolek sana tergolek sini haa bahaya bohh. Time tengah jalan dalam hutan sambil menikmati pandangan tiba tiba ada makhluk ni mengorat aku. Dahla first time jumpa pastu terus kiss aku 😭. Ya Allah aku punya geli geleman tu (means geli sangat sangat) memang tak terkata laa eeee geli dah la berlendir. Aku tak sangka pacat tu boleh minat aku banyak pulak tu 😭.

(disini la adegan ngorat mengorat tu erss ngeri dan geli bila aku ingat balik)

Makhluk yang ngorat aku tu actually pacat bukan orang tau jangan pikir yang bukan bukan wahai anak muda dan tua hagshsgsh. Okay aku sambung balik, dulu aku jenis yang macho hahahaah so acah acah tak takut. Tapi dah ada empat dekat setiap kaki aku hang rasa 😭 dengan berbelangnya pastu duk bergenoit (means benda kecik yang bergerak dalam keadaan banyak dan menggelikan) Allahuakhbar geli yakmat (means yang amat). Time tu la mulanya drama korea which is one of budak kolej (ni sekolah budak lelaki) tu dengan baik hatinya tolong aku buang pacat yang taguna tu habis berdarah stokin aku wei geliiiiiii 😭. At that time muka kami saling bertentangan..


~to be continued~



Friday, May 15, 2020

Nobat Diraja

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni aku nak share tentang alat muzik tradisional yang tertua di Malaysia iaitu Nobat Diraja Kedah. Nobat ialah alat permainan muzik atau orkestra diraja yang mengandungi satu gendang, satu Nafiri, dua Gendang Nobat, Satu Serunai dan satu Gong. Nobat Diraja Kedah hanya dimainkan apabila diperintah oleh Raja. Nobat Diraja Kedah juga hanya dimainkan ketika Istiadat Pertabalan Raja, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Permakaman Diraja dan sebagainya.

Source: google image

Antara Nobat Diraja Kedah :


  • Nafiri


  • Serunai



  • Gong





  • Nobat Diraja Kedah ini disimpan di Balai Nobat yang terletak di bandar Alor Setar.


Source: penbiru.com


Sebagai kesimpulan, kita sebagai generasi muda seharusnya mengetahui dan menghargai warisan negara supaya tidak hilang ditelan zaman. Warisan ini harus dipelihara supaya identiti bangsa sentiasa diingati.









Tuesday, May 12, 2020

RINDU

Masa perintah kawalan pergerakan ni bemulalah titik kerinduan yang tersalut di dalam hati, mulalah rasa menrindui sekolah, bukan rindu sekolah pun sebenarnya.... rindu kawan adalah. Kenangan yang kita bina bersama, gelak tertawa bersama dan persahabatan yang takkan pernah runtuh.

Platoon leader yang berkaliber

itulah dia, seorang hamba allah yang bagus menjalankan tugas dan sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik, rindu betul nak dengar command dari dia. sekarang dah masuk 2 bulan tak dengar suara dia.


 selalunya beratur depan library

inilah dia tar 1001 kenangan, parade square bak kata cik idham, memang banyak dah kenangan kat sini, badan dah pernah ke tar pakai uniform, setiap titisan peluh yang keluar dari kulit dah jatuh kat atas parade square tu, selalunya memang malas nak hadap parade square ni tapi rindulah pulak sekarang

2 member yang support dari belakang

kawan-kawan ni lah yang membimbing kita ke arah yang baik atau jahat, pengaruh paling kuat adalah dari kawan kita sendiri. jadi pilihlah kawan yang baik yang dapat membimbing kita ke arah yang lagi baik.


ok last, boleh panggil saya wall


Nasihat

Source: audelabeauty.com

"Bintang di langit sungguh berseri,
Cahaya Bulan mekar menyapa,
Pesan ayah ibu wajib dipatuhi,
Jasa mereka tidak dikira."


Source: inc.com

"Bersengkang mata sampai pagi,
Fikiran berserabut otak berselirat,
Ilmu ditimba tak akan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat."


Source: google image

"Kayu bemban buat gerudi,
Simpan sampan di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa."


Source: google image

"Bunga mawar bunga melati,
Kala dicium harum baunya,
Satu cara sucikan hati,
Kembali kepada yang Maha Esa."

Source: bharian.com.my

"Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut buruk padahnya."

Monday, May 11, 2020

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH


2020

Tahun 2020 masih belum boleh diberi kesimpulan,
Tapi melalui apa yang telah ku lalui,
Happy New Year 2020 - Home | Facebook
source : google image

Ternyata sekali perkara yang paling besar berlaku adalah Corona Virus.
-My biggest condolences to those who lost their families due to Corona Virus.-
Thank you to all the frontliners including all the soldiers , the policemen and people who are involve to fight this deadliest virus.
Covid-19 | New Scientist
source : google image

Melalui apa yang aku lihat,
Dunia kembali aman.
Tapi ternyata semua orang tidak akan aman kerana bosan duduk dirumah.
Tapi,
disaat kita keluar rumah seperti biasa,
dunia pula yang akan terkesan.
asap kereta , jalan sesak dan banyak lagi.
aku harap , dunia ,
ambillah masa ini untuk berehat sebelum keadaan menjadi sesak semula seperti hari-hari biasa.
Air Pollution Increases COPD Risk, Speeds Aging Process | RT
source : google image

-/nasihatku kepada dunia (bumi , pokok ,ciptaan tuhan yang tidak sengaja atau sengaja dimusnahkan angkara perbuatan manusia.)\-
Thank you, Frontliners!
source : google image


-duatujuh-




Saturday, May 9, 2020

EXPEDISI LASER KE PULAU PERJUDI


As my first time naik laser to pulau perjudi yang diketuai oleh JJ Zanggi aku berpeluang untuk turut serta ke pulau perjudi. Sebenarnya dapat pergi tu pun nasib je hahaha, tapi alhamdulillah dapat pergi. 

 okay ni laser yang senior sendiri ajar macam mana nak pasang. susah juga sebenarnya, so for deck yang belajar nak ikat tali tu memang kena power la skill kalau tak susah gila nak pasang!!




  ni masa nak balik aku naik dengan senior izzat, bagi aku paling power la bawak laser ni haha walaupun dia banyak kali capsized even angin kuat dengan arus pun dia still dapat managed bawa laser tu. perjalanan kami agak mencabar bila kayu rudder kami patah apa semua tapi alhamdulillah sampai juga akhirnyaa.

 okay video ni masa kami capsized haha. ni la cara nak naikkan balik laser tu bila dah tumbang hew~


 okay ini dimana aku terlalu berat duduk depan laser so nanti laser slow jadi aku diminta untuk baring untuk memudahkan perjalanan. tapi bukan sekadar baring saja je. aku jadi OS untuk keluarkan air dari dalam laser tu.



 yang ni aku la pula yang bawa laser tu walaupun sekejap aku dapat la pengelaman bawa laser tu.
lastly, ni masa kat pulau perjudi. awalnya kiteorang dibahagikan kepada kumpulan untuk MOD laser jadi aku memang tak tidur, tidur pun kat atas pasir je sebab sejuk haha. tapi bila dah subuh aku masuk ke dalam selesai subuh aku tidur beralaskan  bantal JJ dengan selimut!! btw gambar ni JJ ambik hahaha nasiblaaaaa.

sebenarnya banyak aktiviti kiteorang buat tapi biarlah rahsia hahaha.

disini yang ucapkan terima kasih kepada JJ Zanggi, Sir Shafiq, Abang Anas dan seniors sebab tunjuk ajar survival kat pulau ni dan dapat join sekali! 
 sekian :)